Karya

Karya

Khamis, 28 Februari 2013

Pasar Kedai Payang (4): JANGAN DITUNGGU PENYU MERAJUK!




Sewaktu mastautin di England (2000 hingga hujung 2004), saya balik jugak sekejap ke Tanah Bonda kira-kira seminggu pada awal Musim Panas 2004. Sempat jugak ‘lekuk’ ke Bandar KT. Cari ole-ole. Beli beberapa helai t-shirt tertayang imej Ganu. Tercetak lakaran tempat-tempat menarik Darul Iman. Termasuk Tasik Kenyir, Pulau Redang, dan pelbagai hidupan di taman laut.

Suka bukan main Ibrahim, Shafiq dan Shafie (anak-anak Puzi – lelaki dari Ipoh yang jadi jiran dan sahabat ketika kami masih di UK) menerima buah tangan yang ori dari Terengganu. Semua itu saya beli, tiada ke lain lagi, di Pasar Kedai Payang jua. Padahal boleh saja dibeli t-shirt itu di Lapangan Terbang Telaga Batin. Banyak seghoti koleksi ‘baju Ganu’ di kedai cenderamata di situ. Tapi beli ole-ole ikon Terengganu di tempat lain rasa macam tak tulen. Tak serupa dengan beli di Pasar Kedai Payang.

Selain beli ole-ole untuk dibawa terbang ke UK, hasrat di hati yang utama ialah nak cari kuih Terengganu yang ori. Yang paling saya ‘berahi’ ialah Gopa. Nak tergelak apabila orang luar Terengganu sebut ’Gopal’! Bentuknya macam martabak mini. Saiznya sepertiga martabak biasa. Isinya kentang dan daging kisar. Kulitnya tak macam martabak. Kulit gopa ni lebih tebal. Tapi lembut, lemak dan empuk. Jauh lebih sedap daripada martabak!

Lening ada dijual ‘gopa segera’ dalam pakej sejuk-beku. Tapi tak sama dengan yang ori, yang tentunya dibeli di Pasar Kedai Payang. 

Kerana dah lama tak rasa, waktu ziarah sekejap tu, saya beli enam keping. Tak sempat sampai di rumah, dan tak hulur kepada orang lain. Padan habis dikunyah sorang-sorang dalam kereta!
Kuih gopa ni memang ori Ganu punya. 

Ketika mastautin di Kedah dan Kelate pada hujung tahun 1980an hingga awal 1990-an, seingat saya tiada kuih-muihnya yang boleh tandingi keenakan gopa. ‘Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu’ ini (dari Zaman Kolonial hingga kini), memang terkenal dengan ‘kemewahan dan kepelbagaian’ kuih-muih tradisional. Walaupun banyak pilihan, ole-ole dari Kelate yang akan saya bawak pulang ke Ganu ialah dodol dan sambal daging (serunding). Manakala dari Kedah pula ialah ‘kuih karas’ dan jeruk buah salak. Tapi tak ada pulak kuih-muihnya yang betul-betul saya gemari, dan tiada yang seenak gopa!

Takat ni, takdok gopa yang paling sedap selain yang terjual di Pasar Kedai Payang! 

Kerana itu, setiap kali balik kampung ‘waktu cuti wajib’ Aidilfitri, saya bajet jugak masa untuk pergi beli gopa di pasar yang tersohor itu. Tapi bukan itu sebabnya semata-mata.

Dalam usia sudah setengah abad ini, terasa benar seronoknya kembali merayau di tempat yang memberikan banyak pengalaman dalam memaknakan kehidupan. Terasa timbul rasa ‘suka sungguh’ apabila jalan-jalan di sekitar Pasar Kedai Payang.

Dalam usia begini, sudah berkali-kali datang membisik kesedaran. Betapa pasar ini bukan sekadar ikon untuk jadi magnet tarik pelancong ramai-ramai.

Ini pasar punyai makna dan manfaat lebih besar dari itu.
Ini pasar, tempat tumbuh dan hidup jatidiri sebahagian rakyat Darul Iman.

Nak tengok tulen anak Terengganu, boleh saja diketemui di pasar ini.
Dengar gaya cakapnya, dan perhati budi pekertinya.

Seorang PM sudah datang berkempen di sini. Berarak naik teksi, tunjuk semangat tinggi. Mahu kasi lihat dia sangat memahami kehendak rakyat Darul Iman, dan cakne benar masa depan mereka.

Singgah ziarah tak sampai sesuku hari, tentunya dia tidak mengerti akan hati nurani orang Ganu. Dalam sanubari yang kerumuni dia ramai-ramai itu, siapalah yang tahu!

Sebab orang Ganu ni ada jugak sikit-sebanyak duduk tiru tabiat sang penyu.
Memang boleh orang duduk main atas belakang ia. Memang boleh orang curi dan makan telurnya. Memang nampak diam. Tak Nampak marah kat siapa-siapa.

Tapi sekali ia merajuk, jauh sayup ia menyelam.

Susah nak teka. Mahu bertukar ke mana haluannya.
Sedar-sedar, timbulnya di laut yang lain, dan bertelur di pantai yang baru!

Permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.  

Rabu, 27 Februari 2013

Pasar Kedai Payang (3) “MAGHI MIKIR GOK SEBETOR!”



Guane gamok Orang Ganu?
Ikut pandar lah deme duduk maner pong.
Duk tengoh ngok-ngek atas krusi kosyen, dalang opih hawa dinging di Wismar Darol Imang.
Duk tengoh selepok, jual petar atas latar di Pasor Payang.
Duk tengoh gateh teksi, tengoh panah lit-lit.
Duk tengoh ngajor anok murid di Kubang Lembik.
Duk tengoh perekser orang sakit di spital.
Duk tengoh ralit ratib di sejid.
Duk tengoh wi kuliyah kat unibersiti di Wakah Tengoh.
Duk tengoh sedap jemor di Pulau Redang.
 
Kiter nok ajok pakat-pakat mmikir sebetor.

Mmok-or-nyer deme dengor doh belaker pasal pasor payang nok kener rombok. Dok lamer doh lagi, rutoh ah dia.

Bukan rutoh macang stadiung di Gong Badok tu. Hok tu dok sengajer. Yer rutoh sediri.  Sebak buatang dok beraper molek.

Hok ni fesyeng laing. Doh ada pelang nok perutoh. Sebab kerajaang nok buat hok laing. Sebak hok lerning dengor kabor dok tahang lama doh.
Kalu ikut kater MB, kene buat hok laing sebak ‘rasuk’ pasor tu doh dok gagoh.
Gogeh parok mmok-or-nyer!

Molek benorlah kalu ggitu. Jager kebajikang rakyat, boh! Napok baik benor la MB kiter. Cumer takut jugok kiter. Kekgi atap pasor kedai payang hok bharu tu rutoh jugok macang stadiung di Gong Badok tu. Kalu yer buat kemah kerming macang bangunang Wismar Darol Imang tu molek benor ah.

Cuma kita dok reti tengok.
Watpe sebak rasuk yer gogeh, kater doh dok tahang, tapi nok gati ngeng pasor pat tikat pulok doh?
Lepah tu, watpe pulok nok wat hotel 23 tikat sebloh yer? Lepah tu, watpe pulok nok buat eparkmeng sapa tiger puloh tikat?

Dok fahang kiter. Setarang barah dok fahang. 
Dok ssaboh ssuggoh kita tengok.

Nak roboh pasor hok dua lapis, nak ganti ngeng bangunang banyok lapis! Bukang sir. Tapi bahang wat tiger teruh.

Dok ker jadi kohor jem parok kekgi?
Lerning bukan maing terrok nok gi situ. Kena tterok sakang kalu nak bubuh kereter kat parking atah pasor. Kalu ada bangunang baru tiga buwoh, besor-besor belaka, parking jer sapa bulih bubuh 500 buwoh kereter, dokleh nok bayang jem guane! Ketat-gelemat!
Mmok-or-nyer tukang lukeh pelang dok tengok jalang lerning guane. Yer lukeh pelang dok gi tengok sediri kecik-besor  sepit-luah jalan kat pasor tu.

Ker yer racang nok buat jalang situ banyok lapis jugok? Ker kekgi ada jalang bawoh tanoh macang ger Terowong SMART di jalang Tung Rozak di Kualer Lupor tuh?
Molek jugok kalu bulih wat fesyen tu. Tebok bawoh tanoh, korek gi masuk bawoh sungai, ssabong teruh gi sapar ke Seberang Takir.

Tapi takut gok. Sebak maser wat kolang renang Sukma dulu, bocor dokleh pakar. Masaaloh besor kalu wat terowong, lepah tu  bocor! Gerung, dok leh nak gambbor. Masuk air bur bur, ramai ah orang ganu bulih llemah!

Tu baru bab jalang bulih jem parok kalu wat seretok tiga butir bangunang tinggi-tinggi situ.
Guane pulok dengang hok duk neger situ lerning. Kerajaang buwi hok istimewer ker neger situ? Kalu kerajaang wi perutokkang kedai ker dier, rock ker nok bayor sewa kekgi?

Bangunang pasor baru, pat tikat, ada bubuh hawa dinging. Dengar kabor canggih, boh!
Kalu fesyeng tu, dokkang sewa yer samer jer dengang lerning.
Nok buboh duane mokcik hok niaga tupat? Nok letok mane pokcik hok neger duku?
Dokkang main bubuh atah gerei jer!  Pasor canggih dok maing doh jual barang atas latar macang lerning!
hok lama yang bharu. beri cahaya terang-benderang

Guane gamok orang Ganu? Dokkang dokleh mikir sebetor.
Ke takboh berat paler?
Memang napok mudah. Rombok, lepah tu wat hok laing.

Tapi manghi ah deme mikir jugok. Kiter takboh jadi macang rumoh-rumoh lama hok diri dekat-dekat pasor tu. Doh nok kener rombok belake jugok. Duit doh bayor belaker doh ker tuang rumoh. Dok lamer kekgi, takdok doh orang-orang kiter duduk situ.
Semua duk racang wat rumoh jauh dari bandor belaker. Bulih pitih banyok, boh!

Tapi rugi nyer kekgi, takdok doh orang kiter hok duk bbandor! Takdok doh orang kiter hok duduk di kawasan 'Warisang' tu

Hok lagu tu yang kiter takut.

Wat pasor bharu. Lepas tu, kohor siket orang kiter neger di Pasor Payang yang baru! Sebak dok mapu nok bayor sewa. Lama-kelamaang, ada ler baki dua tiga kerat. Tu pong tokey-tokey belaker.

Hok neger kecik-kecik macang hok duduk selepok jual duku, ciku, kacang rebus, ubi kayu, bunga tanjung, jeruk setor, buwoh keradeh, gopa, dang laing-laing seruper tu, nakgi neger duane?

Wat pembangunang dok aper. Tapi jangang duk mmikir nok buwat bangunang tinggi sayup lepah pucuk nyiur sajer!

Maghi gok mmikir hal laing retek. Kebajikang rakyat kener bubuh dalang pelang pembangunang jugok.
Jangang gok duk main nok korban hok orang kiter banyok do’oh lalu.
Lepah tu, duk main kater: "Dok aper, molek belaker. Sebak pembangunang belaker tuh!"

Permisi. Dengan izin-Nya, kita bisa ketemu lagi.

____________________
foto:  ehsan Tolahah Muda (exploreterengganu.blogspot.com)