Karya

Karya

Sabtu, 9 April 2016

Ziarah Singapura (2): KACANG FHOL GEYLANG





Kelebihan nginap di Hotel 81 Tristar tentunya kerna capaian ke restoran dan medan selera hanya jalan-jalan saja. Tak sempat lelah dan tiada peluh terbit pun. 

Yang menjadi kegemaran Lateefa ialah makan di Pasar Gelang Serai. Di situlah jugak menjadi kegemaran Pak Jamal dan isterinya Syeikhah Manisah. Malahan kalau ikut royak kabor tentang kisah-kisah lama sewaktu arwah Ayahanda Hj Amin masih ada, dan Bonda Hajjah Rogayah masih boleh menyertai perjalanan jauh dari Darul Iman ke Kota Singa ini tanpa fikirkan masalah apa-apaan, gerai di Pasar Geylang ini menjadi kesukaan famili jika berziarah ke Singapura.

Gemarnya Lateefa akan kacang fhol ini (barangkali sebab udah jadi 'menu kegemaran famili'), hatta ketika menunaikan Ibadah Haji pada tahun 2010 dulu, itulah juga yang diidaminya. 

Bertanya kiri dan kanan, dan tersesat di beberapa lorong (kerna dok reti bahasa Arab daa), ketemu jua 'jodoh Lateefa' dengan kacang fhol dan roti lebar Arab di sebuah restoran yang agak tersorok. Maka tertunailah jua 'mengidam' Lateefa di Tanah Suci!  
dirakam kira-kira empat tahun dulu. ketika kawe dan Lateefa hadiri majlis kenduri anak jantan Cikgu Abdul Rahman. di belakang kawer itulah Pasar Geylang. 

set menu Kacang Fhol yang menjadi dambaan Lateefa dan Pak Jamal.


Menu yang paling menyelerakan ialah kacang fhol dicicah dengan roti. Tentunya pengiring yang menimbulkan ‘umphh’ itu ialah teh tarik!     

Gerai yang menyediakan kacang fhol yang enak ini duduknya di tingkat satu Pasar Geylang. Boleh saja diakses ikut 'mesin angkut' atau menapak saja tangga jika mahu bakar kalori sebelum pekena makanan dan minuman yang lemak dan manis. Musuh pengidap diabetes belaka tuh!    

Permisi dulu untuk sementara.
Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi dalam kecek-kecek tentang Ziarah terbaru kawe dan Lateefa ke Kota Singa.

        

Isnin, 4 April 2016

ZIARAH SINGAPURA (1): Orang Ganu di Kota Singa




Kali terakhir kawe ke Negara Singa itu kira-kira empat tahun dulu. Kerna hadir di kenduri kawin anak Abe Man – pesara guru yang hospitalitinya kelas wahid. Abe Man kediamannya di Tempinis. Kenduri pertama anaknya waktu itu dilangsungkan di Dewan Awam. Pernah tiga empat kali sebelumnya kawe hadiri kenduri waris-warah di Singapura, dilangsungkan di bawah pangsapuri. Di suatu ‘kawasan umum’ yang dikhaskan untuk dilangsungkan keramaian.
Yang kawe nampak ketara, kenduri waris-warah di Singapura itu menu utama magnet selera ialah nasi biryani kambing. Ughh, memang sedap ngoti.

Pada kenduri kali ini kawe nginap di Hotel 81 Tristar, letaknya dalam kawasan Geylang Serai. Selesa bangat di sini. Biliknya bagus. Ada kolam renang. Dan tentulah yang terbagusnya mudah cari tempat makan-minum. Tidak perlu naik teksi atau berpeluh menapak hanya untuk sarapan.

Ziarah waris kali ini kawe menyertai konvoi famili Pak Jamal dan Syeikh Saiful (dua jejaka budiman yang mudah senyum, senang membantu dan ringan buat kebajikan) . 

Dari Ganu terbang dengan AirAsia, lepas itu langsung ke Sungai Ramal Dalam. Ziarah Umi Long dan Dr Rahman. Aktivis NGO yang menguruskan sebuah rumah anak-anak yatim di Sungai Merab. Betul-betul dilaksanakan ‘bukan bertujuan untuk untung’ dan ‘tidak sekali-kali pasangan merpati budiman ini’ bergantung hidup pada sumbangan yang disalurkan kepada rumah kebajikan anak-anak yatim dan budak-budak miskin. Mereka tukang urus-tadbir yang kerja sukarela sungguh!

Mohon maaf. Permisi dulu. 
Mahu mengemas kain baju. Perlu bersiap-siap untuk ke KLIA. Terus perjalanan pulang ke Ganu Kiter!

InsyaAllah dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi dalam Bahagian lanjut ‘Ziarah Waris di Singapura’.