(Selamat kembali bekerja kepada sahabat siber sekalian.
Kali ini diperturunkan catatan lama ketika kawe mastautin di England. Rasa-rasanya punyai talian jugak dengan situasi di Tanah Bonda kontemporari dari aspek-aspek tertentu. Jika dirasakan tidak, jadikan iktibar demi hidup yang sejahtera dan harmoni di tanah pusaka ini.)
_________________________________
Pagi
Rabu, dua hari sebelum satu Ramadhan 1422 bersamaan 14 November 2001.
Radio
talkSPORT menerusi rancangan Sport Breakfast kelolaan John Smith
membuka taliannya, mengajak pendengar bertikam lidah tentang gambar yang
tersiar di muka depan akhbar The Mirror dan Daily Mail. Ramailah
yang terpanggil bertelagah di udara berkisar tentang moral di sebalik penyiaran
gambar yang dikatakan oleh John Smith boleh mengganggu emosi sesiapa yang
sedang menikmati kudapan. Sedang saya menguyah roti naan yang lembut bersalut
majerin nipis, yang masih panas-panas baru dikeluarkan dari ketuhar microwave,
sedapnya bukan main apabila dicecah kacang panggang yang berendamkan kuah
tomato, Syai (anak saya yang sulung) mengunjukkan akhbar Daily Mail
yang dibelinya dari Malik's News yang terletak berhampiran simpang masuk
ke Grove Street, hanya sepelaung dari rumah kami. Maka benarlah kata
John Smith.
Lantas kesugulan segera menerpa dek emosi yang tercarik oleh imej
muka depan yang tersiar di Daily Mail. Roti naan jadi dingin dan
liat, kacang panggang berkuah tomato tiba-tiba terasa tawar, tiada lagi masam
manisnya. Terkikis selera untuk terus menjamah sarapan. Saya bergegas ke kedai Malik
membeli The Mirror, The Sun dan Daily Express bertujuan
membandingkan pemaparan isu yang diangkat sebagai berita utama.
Kedua-dua akhbar yang disebut John Smith (The Mirror dan Daily Mail), yang menjadi bahan pertelagahan dalam talkSport, memaparkan penuh halaman gambar yang serupa:
Kedua-dua akhbar yang disebut John Smith (The Mirror dan Daily Mail), yang menjadi bahan pertelagahan dalam talkSport, memaparkan penuh halaman gambar yang serupa:
Sekumpulan soldadu Northern Alliance sedang
‘merayakan kemenangan’ menguasai Kota Kabul dengan ‘permainan’ yang amat
menarik. Seorang daripadanya dengan penuh bergaya membedik senjata automatik kalashnikovs
ke arah seorang tawanan - soldadu Taliban yang rebah terlentang di atas jalan
yang gersang dan berdebu, kedua-dua tangannya terkuak, seluarnya terlondeh,
pahanya penuh darah. Empat orang rakan soldadu Northern Alliance itu,
yang juga siap sedia dengan senjata masing-masing, nampak begitu gembira dan
bersedia menyertai permainan menyeksa tawanan atau kerobek mayat musuh. Di
belakang mereka terlihat beberapa orang soldadu yang berjalan ke arah
gelanggang permainan itu. Melatari adegan itu jauh sedikit ke belakang dengan
imej yang agak kelabu, ialah enam orang lagi soldadu yang berdiri di atas
sebuah kereta kebal, menjadi penontonnya.
Manakala muka depan The Sun dan Daily Express pula sama-sama menyiarkan gambar ini: kereta kebal Northern Alliance memasuki Kabul disambut orang awam yang rata-ratanya berketayap putih, yang berbaris berjajaran di birai jalan, berpesta menyambut kemenangan perang terhadap saudara satu agama, satu negara.
Jika dikumpulkan gambar-gambar yang tersiar di halaman tujuh The Sun, halaman tiga Daily Mail dan The Mirror serta halaman lima Daily Express, akan terhasil urutan adegan jenayah perang para soldadu Northern Alliance yang boleh diatur sebegini:

Seorang
tentera Taliban yang tercedera ditemui tergolek di tepi jalan oleh musuhnya.
Dua soldadu Northern Alliance mengheret tawanan yang cedera dan tidak
bermaya itu di atas jalan yang rugged tanpa tar. Seorang menarik tangan
kanannya, manakala seorang lagi menarik kaki kirinya secara bersilang, umpama
mengheret lembu untuk dilapah. Kemudiannya dia dikerumuni dan dibuli. Seluarnya
yang putih dicemari merahnya darah, dilondeh sampai ke pergelangan kaki.
Akhirnya, dia ditinggalkan terlentang menerima penangan peluru yang muntah dari
muncung kalashnikovs.
Gambar-gambar itu, yang terpampang di laman depan dan tersiar dalam laman-laman eksklusif yang mengekorinya, mencerminkan realiti tentang cerita luka dan duka, darah dan nanah sebuah naratif perang yang begitu durjana, kacau dan mengelirukan. Namun bukan sekadar itu mesej yang terpancar, kerana apabila kembali diteliti imej yang terpapar, maka akan terasalah betapa ia mempersenda, mencemuh, menyindir, dan begitu menghina pihak yang menang dan pihak yang kalah dalam perang sesama saudara itu.

Lihat
sahajalah pada tajuk-tajuk yang bertempik di laman depan akhbar-akhbar
berkenaan:
Daily Express But Where is Bin Laden?
Daily Mail No Mercy
The Mirror Our ‘Friends’ take over…
The Sun V.K. Day: It's Victory in Kabul... and Noose is tightening on bin Laden’s Hideout
Cuba kumpulkan dan susun kembali tajuk-tajuk utama halaman depan itu. Cerakinkan dan cernakan. Akan timbullah bayangan mesej yang tersirat dalam kandungan yang tersurat, yang terhasil daripada wacana yang serupa ini:
“V.K. Day: It’s Victory in Kabul. Our ‘Friends’ Take Over. But Where Is Bin Laden? Noose Is Tightening On Bin Laden’s Hideout. No Mercy.”

Di
atas tajuk utama muka depan Daily Mail pula tertera soalan yang begitu
retorika:
On A Historic Day, Kabul Falls Without A
Fight And Kandahar Could Be Next. But This Horrific Pictures Begs The Question:
Is The Alliance Any Better Than The Taliban?
Bandingkan wacana yang terhasil daripada penyatuan tajuk-tajuk muka depan keempat-empat akhbar berkenaan dengan soalan retorika itu. Uh, nampaknya, mereka sudah punyai justifikasi untuk perang yang panjang!
Hari ini, perempuan jalang di halaman tiga The Sun hilang lagi.

Gantinya?
Tiga suku halaman dipenuhi gambar seorang
tua berserban, janggutnya beruban jarang-jarang, sedang memegang radio berwarna
perak, diapit di kirinya lelaki berketayap putih yang nampak lebih tua, lebih
panjang janggutnya dan banyak pula ubannya. Di kanannya menghimpit seorang
pemuda yang jambang dan kumisnya nipis. Masing-masing nampaknya begitu ceria
mendengar siaran radio. Gambar besar itu diiringi dua keping gambar kecil yang
tertulis di bawahnya: “Songs of freedom…music shop reopens while an Afghan
girl ditches her hated veil and rides with troops.”
Ah, begitu memualkan - sebuah naratif perang yang pahit, masam dan tawar sekali!
Ah, begitu memualkan - sebuah naratif perang yang pahit, masam dan tawar sekali!
Permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.