Sabtu, hari ketujuh Tahun Baru.
Saya dan famili menghadiri majlis ilmu yang dihoskan Profesor Dr Muhaya - pakar mata ternama, dan seorang motivator yang hebat. Biasa menontonnya di kava tv, kami menjadi amat teruja apabila turut dijemput menyertai majlis itu. Ceramah (dan diskusi) yang berkisar kepada soal jihad malam itu dikendalikan oleh Ustaz Fawwaz (pensyarah sebuah kolej universiti). Menarik sekali kupasannya yang menyentuh pelbagai aspek jihad yang dituntut dalam Islam.
Yang sangat menarik, kenyataan ustaz mudanya itu, yang kira-kira begini: Orientalis melabelkan Muhammad SAW seorang yang sukakan perang. Sebaliknya, dalam banyak peperangan yang dikepalainya, Baginda hanya sekali saja membunuh musuhnya!
Sumpah, sebelum ini saya tidak pernah membaca atau mendengar kenyataan sebegitu!
Iktibarnya: usia bukan penentu ‘tahu kita’ akan sesuatu perkara. Dan yang penting lagi, jika ingin menuntut ilmu, carilah guru yang memang mendalam ilmunya mengenai sesuatu perkara.
Sasterawan Negara Usman Awang pernah bermadah: ‘berburu ke padang datar, dapat rusa belang di kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi!’
Ketika ceramah tamat, dan suasana sudah santai (waktu makan-minum), saya ambil kesempatan berbual dengan Profesor Muhaya. Saya timbulkan musykil tentang Cinta Remaja.
Pakar mata yang baru saja pulang dari menunaikan umrah tapi kelihatan energatik sekali ini, menghuraikan kira-kira begini:
“Kualiti Hidup bersamaan dengan Kualiti Emosi. Kualiti Emosi pula bersamaan dengan Fokus. Cinta tentulah berkaitan dengan Emosi. Maka Kualiti Cinta itu mestilah bertimbal-balik pula dengan Fokus kita. Jika silap Fokus, cinta akan membawa bencana. Jika betul fokusnya, cinta membawa bahagia. Dalam bercinta, mesti tentukan Fokus kita. Apakah mahu mencari redha Allah? atau hanya mahu mendapat pujian-pujian (penghargaan) daripada manusia?”
Sambil menjeling sekilas dan muncung ke arah Doktor Azmi (suaminya) yang melayani tetamu yang masih berbaki, pakar mata ini sempat berseloroh. “Itulah boyfriend saya yang pertama dan terakhir. Cinta pandang pertama. Sekali lihat, luruh jantung saya dibuatnya!”
Wow, masih semarak Merah Cinta sang profesor!
Saya menunggu lagi. Tidak menghampakan. Profesor Muhaya menambah.
“Saya melahirkan anak sulung ketika di tahun akhir. Mentelaah pelajaran, kadang-kadang ketika anak dalam pangkuan. Bergilir bahu mendodoinya. Buku di sebelah kanan, anak di sebelah kiri! Menguruskan pelajaran, tidak mudah bagi siswa yang berkahwin. Syukur, saya tidak hilang Fokus. Saya yakin, cinta saya hidup di atas landasan yang betul dan di redhai-Nya. Saya berjaya dan bahagia kerana cinta yang saya berikan kepada suami, anak, pelajaran, dan agama FOKUS kepada-Nya jua!”
Inilah falsafah cinta seorang profesor!
Permisi. Bisa ketemu lagi.
foto: Profesor Dr Muhaya dengan dua naskhah Merah Cinta Kita yang saya hadiahkan - sebagai tanda penghargaan kerana menjemput kami menyertai majlis ilmu yang dianjurkannya.
alhamdulillah perkongsian menarik..teruja nak jumpa Prof.Dr Muhaya secara live. tapi sebelum tu Harleem Dayam ni penulis juga ker? pertama kali sy dengar nama ni..
BalasPadamsalam leyzajamil.terima kasih banyak2 kerna sudi jenguk blog ni. kalau bertemu live dgn Prof Muhaya, perhatikan senyumannya. Sama manis dengan Imam Muda Hassan :-) jika lapang, tengok ler youtube lagu Sakeena Penjual Roti. Karya2 saya diterbitkan GrupBuku Karangkraf. Penerbit novel 'Ombak Rindu'.
Padammenarik nyee~ moga cinta kita semua boleh disalurkan dengan cara yang baik... agar kita tidak hilang fokuss:)
BalasPadambertuahnya dapat bertemu dengan Dr Muhaya :)
BalasPadamsalam..
BalasPadamperkongsian yang sangat menarik harleem dayam ;)
saya juga pernah bertemu dengan Dr Muhaya,ternyata orangnya penuh dengan kuasa dalaman yang sangat hebat. Melihat dia sahaja sudah membuat kita terinspirasi apatah lagi apabila dia berkata-kata ;)
cik matahari. 'dek mata yang memikat dan tutur yang mesra, maka hati pun tertangkap' :-)
Padam