Karya

Karya

Selasa, 11 September 2012

nota syawal (7) GAY, LESBIAN & SEKS BEBAS DI SEKOLAH ASRAMA PENUH?


Dalam orang heboh bendera kebangsaan mahu ditukar, dan hiruk-pikuk kerana gambar orang nombor satu dipijak dan seluar terlondeh di depannya, sebahagian cerdik-pandai Melayu bersidang di sebuah institut yang terbina untuk mencari buah fikiran supaya rakyat Tanah Bonda lebih memahami hal-hal kehidupan berlandaskan keIslaman. Pokok bicaranya boleh ditafsir sebagai ‘serangan belas’ kepada Gerakan Seksualiti Merdeka yang dianjurkan segelintir rakyat Malaysia yang celaru jiwa.

Bukan terloncat monyet, terkejut beruk atau tersentak kucing lagi jadinya. Kerana bukan fizikal didebuk dan tercedera, tapi jiwa sudah terdera dan terluka. Nampak begitu mudah dilontarkan tohmahan, yang terkena juga kepada kita yang lama duduk di Sekolah Asrama Penuh (SBP).

Laporan akhbar dimulakan dengan ayat yang sangat prejudis:

“Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Manakala dalam laporan yang sama (teks penuh diturunkan di bawah), seorang sarjana yang jadi moderator sidang itu dilaporkan berkata,

“...remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan daripada jantina yang sama. Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama, pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang jambu. Malah perkara ini juga berlaku di sekolah-sekolah berteraskan agama seperti maahad tahfiz.”

MasyaAllah. Berani senghoti dia. Entah data daripada sumber mana diambilnya. Kaedahnya kualitatif atau kuantitif tidak jelas juga.Berapa lama kajian itu dijalankan. Besar mana saiz sampelnya. Berapa banyak sekolah asrama penuh sudah dipantau dan diselidiki.

Jadi teka-teki dan naik serabut kepala kita dibuatnya. Ini kenyataan, sudah macam suatu serkap jarang.

Mungkin tergesa-gesa mahu melompat kepada konklusi bahawa kelakuan dan tabiat ‘LGBT’ itu mudah terjadi di sekolah yang ada asrama (termasuk SBP). Ini nampak seolah-olah mahu mengaitkan dengan kes tersohor yang masih tak habis di mahkamah, yang tertuduhnya dulu-dulu budak asrama penuh jugak!

Saya jadi sangat terasa. Pedih hati. Nanar jiwa dek rasa marah dan dukacita. Kerana saya ini pernah bersekolah di asrama penuh. Lima tahun di sekolah yang bercampur jantina, dan dua tahun di SBP yang tunggal seks pelajarnya.

Dalam famili, tiada yang lain, sayalah yang paling lama tinggal di SBP. PokDeng yang sampai sekarang sangat bangga dengan MCOBA, pernah jalani hidup di kolej serba jantan di Kuala Kangsar itu selama empat tahun. Aweng yang kini rajin turun Penang (kerana hal pembangunan tanah di kawasan setinggan), merupakan generasi pertama sebuah kolej ternama di Darul Iman, yang kini dah naik martabat jadi universiti. Perunding hal-hal legal itu sama dengan PokDeng – empat tahun jadi budak asrama, dari tingkatan empat hingga enam.

Kebetulan pula, dua kakak saya, yang satunya mengaji di Sekolah Perempuan Kolam Air (dah pindah ke Cyberjaya, lama dulu letaknya berdekatan dengan KLCC) , seorang lagi di Kolej Islam Kelang – juga jadi budak asrama penuh selama empat tahun juga.
Saya pegang rekod tak boleh dipecah di kalangan adik-beradik. Jadi budak kampung yang duduk di asrama penuh total tahunnya tujuh. Lima tahun di sebuah sekolah sains (yang pertama di Darul Iman). Dua tahun lagi di Sekolah Alam Shah, Cheras.

Bayangkan akan kejakunan kerana kejutan, apabila budang kampungan, yang sebahagian hidupnya bersosial di persekitaran sungai, bendang, parit, kebun, dan hutan, lepas darjah enam hidup di asrama penuh. Kejutan tidak terelak tetapi dapat diadaptasi. Peraturan sekolah sains jadi sangat asing. Tapi selama lima tahun di situ, tidaklah pula terjadi kecelaruan jiwa dan timbul pemberontakan diri mahu tembor, bersekolah di tempat lain. Lari ke sekolah-sekolah harian biasa yang terkenal waktu itu – Sultan Sulaiman, Padang Midin, Tengku Bariah, dan Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin.

Seperti rakan-rakan yang lain, yang sebahagiannya juga asalnya dari kampung, adaptasi berlaku dengan harmoni. Anak kampungan yang hidup bebas berinteraksi dengan persekitarannya, boleh pula bersosial dalam iklim yang acap berubah kerana sekolah ini masih mentah usianya.

Barangkali saya dan sebahagian kawan-kawan yang terdidik dengan nilai-nilai social kampungan yang tebal, menjadikan jiwa kami kental, tidak takut menghadapi alam baru di SBP. Tidak mudah tewas dengan pelbagai elemen baru diperkenalkan dan disuntik selama lima tahun hidup di sekolah sains.

Guru-guru memang sangat berdedikasi (motto sekolah kami: DISIPLIN, KUALITI, DEDIKASI).Mahu mendidik anak bangsa, supaya akhirnya muncul sebagai golongan profesional, pedagang dan teknokrat yang sukses. Selama di sekolah, nilai-nilai hidup diterapkan melalui pelbagai kegiatan luar darjah. Sebutlah apa jua. Tidak terkira banyaknya. Dari etika di dewan makan, berarak ketika Maulid Nabi, perkhemahan pasukan uniform, hingga hal remeh-temeh cara nak kemaskan katil dan lipat kain baju dalam loker pun ada peraturannya. Itu hanya cebisan kecil. Senarainya panjang amat.

Di sekolah sains itu (dan saya fikir serupa juga di SBP yang lain), kegiatan dalam kelas dan luar darjah itu, semua terarah mahu menjadikan remaja menjadi insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERI).

Adik-beradik saya yang belajar di SBP, tidak seorang pun terlibat dengan apa-apa kelakuan sumbang LGBT itu. Begitu juga dengan rakan-rakan saya di Sekolah Sains dan di Sekolah Alam Shah lama dulu. Tiada terdengar sesiapa terbabit atau sabit dengan kegiatan nanar itu.

Kerana itu, terguris amat rasanya ditohmahkan sedemikian rupa.

Saya nak catat sikit butiran yang boleh dijadikan bahan perbincangan, jika cerdik-pandai Melayu bersidang lagi di institut itu, dan mahu bincang lagi tentang Seksualiti Merdeka.

Butiran yang dimaksudkan, merupakan jawapan-jawapan kepada soalan ini:

BERAPA RAMAIKAH BUDAK-BUDAK ASRAMA PENUH YANG TERLIBAT DALAM:-

1. kes durjana pembunuhan bayi baru lahir.
2. kes liwat yang dah masuk mahkamah (jangan rujuk kepada satu-satunya kes yang tersohor itu saja!).
3. pasangan khalwat yang ditangkap sesama jenis.
4. golongan khunsa yang jadi siswa.
5. kes-kes yang dirujuk ke Sekolah Harapan di Melaka.
6. kes-kes lesbian dan penkid.

Sila jawab soalan ini dengan melakukan suatu kajian yang komprehensif di SBP. Moleknya guna kaedah kualitatif dan kuantitatif. Saiz sampel seboleh-bolehkan setaraf (kualitinya) dengan Bancian Kebangsaan yang lazim dilakukan. Sarjana yang terlibat mestilah daripada latar multi-disiplin. Sebelum para cerdik-pandai bersidang lagi tentang Seksualiti Merdeka ini, kajian ini mesti diselesaikan.

Tohmahan betapa SBP punyai ‘potensi’ jadi tapak semaian golongan LGBT itu sangat berat. Memalukan. Mual dan meloyakan. SBP tempat disemai barisan kepimpinan negara, agama dan bangsa dalam pelbagai bidang usah dicemarkan maruahnya dengan tohmahan yang tidak berasas.

Permisi. Dengan izin-Nya, kita bisa ketemu lagi.

foto: pelajar SBP – terdidik agar bisa muncul sebagai golongan profesional yang akan menerajui negara dalam pelbagai bidang kehidupan (sosial, ekonomi dan politik).

____________________________________________________________
(nota: berikut ialah berita asal yang dipetik daripada utusan malaysia-online)


Sekolah asrama lahirkan golongan LGBT?
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.
Ujarnya, remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan daripada jantina yang sama.
Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama, pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang jambu. Malah perkara ini juga berlaku di sekolah-sekolah berteraskan agama seperti maahad tahfiz.
Walaupun ia normal, namun perkara itu jika tidak dipantau boleh menyebabkan orientasi seksual bersifat sementara itu menjadi kekal lebih-lebih lagi kepada remaja yang pernah terlibat secara langsung dengan sentuhan fizikal ," katanya.
Azizan merupakan moderator muzakarah pakar bertemakan LGBT: Cabaran dan Penyelesaiannya anjuran (IKIM) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sambil merujuk pembentangan kertas kerja Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj bertajuk Memahami Isu Gender-LGBT: Perspektif Perubatan dan Biologi.
Dalam kertas kerja itu, Harlina Halizah berkata, tarikan sesama jantina dalam kalangan remaja merupakan perkara biasa, namun ia tidak boleh dipandang ringan khususnya oleh ibu bapa dan pihak sekolah kerana dikhuatiri akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam selain mengubah orientasi seksual kepada homoseksual kekal.
Menurut Azizan, kes-kes sedemikian kebiasaannya sukar dikesan oleh ibu bapa kerana remaja yang menjadi mangsa lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang pernah diliwat, malu untuk memberitahu perkara sebenar.

4 ulasan:

  1. "Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa".

    "Dalam kertas kerja itu, Harlina Halizah berkata, tarikan sesama jantina dalam kalangan remaja merupakan perkara biasa.."

    kedua pakar dah confirm ianya bukan luar tabie. Oleh itu wahai pengamal LGBT.. jangan lah takut dan sedih. keluarlah dari persembunyian dan lakukanlah terang terangan ..huhu

    -aku anonymous-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudahkah kamu lupa azab Allah ke atas kaum luth?

      Padam
  2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini JAMAL ISMAIL melihat seorang komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SALEH yg telah TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI SALEH di 0853-95881177 Untuk yg di luar indon telefon di +62853-95881177, Atau KLIK DISINI
    saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    BalasPadam
  3. My name is Sonja McDonell, 23, a stewardess of Swiss Airlines with 13 oversea towns. I am very tender with many fantasies, also in my wonderful work. Lesbian sex in Indonesia is a shame, when people know, girls do it together - my experiences in Jakarta & Medan.
    sonjamcdonell@yahoo.com

    BalasPadam