Karya

Karya

Isnin, 16 Januari 2012

Merah Cinta Kita untuk ADILA

Dah nak masuk minggu ketiga sekolah buka semula. Barulah saya dapat jumpa dengannya. Itu pun kerana dia cuti hujung minggu. Kami bersarapan di Restoran UK (Bandar Baru Bangi), yang terkenal kerana enak sup urat ketingnya. Adik-adiknya yang lain (Huwaida dan Mawaddah) ikut sekali dengan ayah kesayangan mereka.

Seronok melihat telatah si kecil molek Huwaida dan Mawaddah bermain dengan seekor anak kucing berbulu putih yang comel parasnya, nampak siap-sedia mahu meloncat di atas meja jika dibenarkan!

NurAdila ini, anak sulung sahabat saya Cikgu Idris. Sedang mengaji dalam tingkatan satu di Maahad Hamidiah, bersebelahan Kajang Country Heights. Cikgu Idris beritau, sewaktu di sekolah rendah lagi anaknya ini gemar sungguh baca novel. Sebulan sekali mesti ada novel baru yang dikhatamnya. Jika tidak dibeli sendiri, ada saja dibawa pulang dari sekolah. Pinjam daripada kawan-kawan yang punyai kegemaran yang serupa.
Saya fikir, kerana rajin membaca sejak tadika lagi inilah, Nur Adila miliki kebolehan bercerita. Belum masuk darjah satu lagi, biasa sangat gadis manis ini mewakili tadikanya ke pertandingan bercerita.

Bukan saja rajin membaca, si genit ini aktif dalam sukan hoki. Dia terpilih menyertai Pasukan Hoki Elit sekolahnya, dan pernah menyertai beberapa pertandingan di serata negeri di Semenanjung. Posisinya, penyerang. Wow, kaki novel yang manis sekali orangnya ini, rupa-rupanya punyai sisi yang agresif, pak! Jangan berani usik-usik, nanti tak cukup padang nak lari, dikejar dengan kayu hoki!

Aktif sukan tapi tetap rajin membaca, dan telaah pelajaran. Walaupun tidak masuk mana-mana tuisyen, pencapaian akademiknya hebat. 5A dalam UPSR tahun lepas.
Hadiahnya? Istimewa sekali. Lima naskhah lengkap siri Merah Cinta Kita!

Permisi. Bisa ketemu lagi.


Foto 1: Adila diapit adik-adiknya Huwaida dan Mawaddah, bersama Cikgu Idris.
foto 2: hadiah istimewa daripada ayahnya kerana cemerlang UPSR!

3 ulasan:

  1. Siri ini memang best! Rugi tak baca...

    BalasPadam
  2. terima kasih En. Harleem kerana memberi sokongan dan galakan kepada saya untuk terus membaca dan mencari pengalaman yang menarik dalam semua novel yang telah dibaca

    BalasPadam
  3. semoga Adila akan terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleha. ameen

    BalasPadam