Kawe mula berkawan dengan ‘orang macam orang Kelantan’ sejak
masuk tingkatan satu di SESMA, Wakaf
Tembusu. Mengaji di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) itu, bukan sekadar membuka
pagar perkenalan dengan budak-budak dari kampung dan daerah lain di Darul Iman,
tetapi juga menjalin ikatan persahabatan dengan budak-budak dari sempadan
Kelantan dan Terengganu.
Budak-budak fesyen dan sosio-budaya macam oghe Kelate
tapi bukan orang Kelantan! Budak-budak dari pelbagai kampung di daerah Besut.
Itu yang mengajar kawe jadi reti kecek Kelate, dan mudah
berkawan dengan oghe Kelate selepas habis sekolah.
Antara yang jadi ‘gu’
(kawan baik) ialah Roseler (Roslan). Gedebe budaknya. Antara ‘kepala ular’ yang
tak reti takut siapa-siapa. Senior. Cikgu. Jaga. Termasuk jugak peraturan
sekolah!
Masa nginap sekali dalam satu domitari (kalau tak silap
dalam tingkatan dua), pernah jugak kawe ngadu gagah dengan dia. Perihal siapa menang-kalah
itu, kita royak waktu lain la deh!
Sewaktu ngaji di kampus Lembah Pantai, mudah serasi kawe
dengan pemuda Kelate. Lepas graduasi, kawan baik masa kerja di sebuah kampus di
Utara, orang dari Darul Naim jugak. Bahkan kawe pernah kerja di Kubang Kerian
ketika pertengahan 90-an. Masa tu, kawe ‘gi maghi’ (berkawan) dengan Pok Weil –
seorang guru Bahasa Inggeris, orang Kelantan tulen!
Sewaktu mastautin di UK pun, kawe saing dengan orang Kelate
jugak. Dan waktu doh kelik ke Tanah Bonda, yang jadi saing kawe gi kenduri,
surau dan ronda (kawalan kejirananan) ialah orang Kelate! Hinggakan ada jiran
yang gelar kawe dengan saing tu ‘kembar’. Sebenarnya kembar yang banyak tak
serupa. Kerana kerja, hobi, saiz dan rupa beza seghoti.
Kontemporari ini, udah setahun setengah kembali menetap di
tanah tumpah darahku Darul Iman, hok saing dengan kawe oghe Kelate jugak.
Barangkali kerana itulah apabila diajak terlibat dengan
rakan-rakan yang hulur bantuan kerana malapetaka di Kelate hujung tahun lepas (2014),
maka kawe doklah rasa payah. Takdok rasa berat sikit jua untuk sertai konvoi
rakan-rakan ke Rantau Panjang dan Kuala Krai.
Oghe Kelate. Kawe doh rasa macam waris-warah demo. Walaupun
kawe takdok waris pun di Besut atau di Kelate!
Worih-waroh daller kepayoher. Kitor lah weih kenor holor
batuwer!
Permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan