Hijrah pertama saya ke Kotaraya KL ketika mengaji
dua tahun dalam tingkatan enam di Sekolah Alam Shah, Cheras. Selepas habis studi di Universiti Malaya
selama tiga tahun, saya sempat kembali berkhidmat sekejap di Darul Iman selama
enam bulan. Kerja sebagai guru sambilan di pusat pendidikan sebuah agensi
kerajaan negeri. Habis kontrak saya merantau semula ke Kotaraya Kuala Lumpur.
Tiga puluh satu tahun total saya meninggalkan Darul
Iman.
Mastautin kerana kerja di berapa tempat termasuk
Kota Bharu, Kuantan, Sungai Buluh, dan Alor Setar.
Paling jauh terbang ke England. Buka sebab kerja. Kerna
tanggungjawab menemani isteri dan menguruskan hal domestic (termasuk anak-anaklah!)
sewaktu Yang Tersayang mengejar impian mencapai PhD dalam bidang gerontologi.
Sewaktu tinggal di negeri orang putih itu selama empat tahun, sempat juga buat kerja-kerja
sambilan termasuk jadi data entry clerk di Royal Mail.
Kembali
ke Tanah Bonda, hujung 2004 kami menetap di Kampung Sungai Ramal. Dalam perantauan
selama 31 tahun itu, di kampung itulah tempat paling lama kami mastautin –
selama lapan tahun.
Selepas
balik dari England dan tinggal di Sungai Ramal, sempat mengundi dua kali.
Kedua-duanya
di Bandar Tun Razak.
Kenapa
tidak mengundi di Kajang atau Bangi atau balik kampung waktu PRU? Tunggu dulu.
Jawapannya bukan kali ini. Lain ruang kita bicara tentang sebab-sebabnya.
Sungai
Ramal Dalam, sebuah kampung Melayu yang tulen. Setahu saya (setakat 2012) tidak
ada bukan Melayu menetap di sini, kecuali beroperasi dua buah kedai barangan
logam kepunyaan orang China. Kalau kenduri-kendara, jika terserempak dengan
tetamu bangsa lain, rasa janggal seghoti.
Di
Sungai Ramal Dalam, penduduknya terbahagi kepada tiga.
Yang
tinggal di taman, yang tinggal di lot persendirian; dan penduduk asal
kebanyakan bertali waris dari Tanah Seberang yang menghuni kawasan berhampiran
masjid.
Saya
fikir orang yang paling popular tinggal di kampung ini ialah tauke satey yang
sangat terkenal jenamanya Satey Kajang Hj Samuri. Yang tinggal di taman-taman
baru ialah golongan muda yang baru memulakan kehidupan. Yang tinggal di lot-lot
persendirian ialah peneroka awal tanah-tanah getah yang dibangunkan menjadi
kawasan banglo.
Kebanyakan mereka adalah waris-warah atau kenalan sekerja yang
berpakat membeli tanah-tanah lot di kawasan itu. Rata-ratanya sudah tiga puluh
tahun membina keluarga. Ikatan persaudaraan antara tuan-tuan banglo ini erat
sekali. Malahan surau lama di sini terbina atas insiatif mereka tanpa bantuan
daripada pihak berwajib.
Rata-rata mereka itu golongan profesional Melayu –
jurutera, pensyarah, usahawan, arkitek, guru dan doktor yang begitu berjaya
dalam bidang yang diceburi.
Di
tengah-tengah Sungai Ramal Dalam, terbina sebuah kolej swasta yang beroperasi
dalam premisnya Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam. Dulunya, ini
adalah sebuah pusat latihan (PLA) milik Angkatan Belia Islam Malaysia.
Semasa
awal kes liwat supremo PKR, di situlah tunjang sokongan kepada DSAI. Selama
beliau dipenjarakan, DSWA ada berkunjung ke sini kerana sokongan padu
pertubuhan berkenaan kepada Parti Keadilan yang asal. Apabila DSAI bebas dan kembali
bebas bergelut dalam gelanggang politik, PLA itu tetap menjadi tampuk
pengaruhnya yang padu dan teguh.
Kini,
Supremo PKR itu akan masuk bertanding sekali lagi. Di kawasan pilihanraya yang
kecil saiznya tapi besar bangat impaknya kepada scenario politik kebangsaan.
Akan tersebar kehangatannya ke seluruh Tanah Semenanjung.
Akan menyala semangat
pengundi dan penduduk seluruh Kajang bulan
Mac nanti, tidak kira sama ada puak yang melawan atau kumpulan yang menyokong.
Kerana pilihanraya ini saiz daerahnya kecil tetapi skala impaknya mega! Bakal merooobahhh
jiwa raga politik Tanah Bonda secara total.
Yang
hampir pasti, panglima-panglima dari PLA itu akan turut masuk gelanggang dengan
penuh iltizam, menggembleng pelbagai sumber kekuatan. Kembali ke medan kempen
dengan semangat yang tentunya jadi berlipat-ganda.
Kerana ini sudah jadi
pertaruhan baru dengan kaedah dan muslihat yang sangat berbeza. Pertarungan di
gelanggang politik kebangsaan sudah masuk era baru yang sulit dijangka tapi
akan memberikan kesan mega kepada survival Melayu, dan akan melakar bayangan Wajah
Nasional Tahun 2020.
Dukacita,
kawe dah tak ada di Kajang lagi.
Dukacita
kawe tak boleh mengundi di Selangor lagi.
Selamat
Tinggal Selangor!
Moga
Allah limpahkan hidayah dan baraqah-Nya kepada pengundi-pengundi Kajang agar membuat
keputusan yang benar dan betul demi agama bangsa dan Tanah Bonda.
Permisi.
Dengan izin-Nya kita akan ketemu lagi.
________
nota:
lukisan itu saya hasilkan pada tahun 2008. Zaman Peralihan Fasa 1 Menuju 2020. Tajuknya: "KELIRU!"
DSAI Saya mula mendengar nama beliau pada tahun tahun 1977, semeasa menghadiri tamrin ABIM dipondok lebai Isa Kg Keplu KOKDIANG Kedah, Para peserta nampak amat ghairah menanti kemunculannya. Umur saya pd masa tu lebihkurang 14 thun. tak ambik pot sangat pasai politik ni. selepas darjah 6 saya deah grade dalam arus pendidikan sekolah. TU yg berkesempatan kenai Dsai sejak awai tu. Dan insan yg sering mengajak dan membawa saya keusrah dan tamrin tu adalah Tuan Hj Ust Abu Hassan Putih, Dan rentetan dari budi Ust Hassan tadi lah yg menyelamatkan saya dari hanyut diarus hidup masa tu hingga kini., disaat kawankawan sebaya yg lain hancur dan hilang arah. Saya masih teguh berdiri disini spt 30 tahun yg lalu.Masih bergema ucapan Anwar dimasa lalu dan masih basah rasanya ajakkan Ust hassan tanpa jemu......
BalasPadam