Karya

Karya

Ahad, 19 April 2015

Ceritera Tok Guru (1): Apakah akan berakhirnya kepimpinan ulamak Jun ini?

Hujung minggu baru-baru ni kawe ziarah waris yang senior.
Usianya sudah hampir tujuh puluh lima. Tapi masih boleh pandu kereta sendiri-sendiri. Masih boleh ke masjid. Masih mampu keluar malam dengan saing-saingnya untuk hirup teh dan makan keropok lekor panas-panas cicah sos ori Ganu.
Kalau ketemu dia, yang kawe gemar kecek-kecek ialah bab politik.
Dia orang lama. Banyak pengetahuan dan pengalaman politik. Ramai jugak kawan-kawannya yang pernah pegang jawatan penting dalam kerajaan dan ada yang duduk di tampuk pemerintahan.
Sambil kecek-kecek tentang politik itu, terbitlah hal kedudukan TokGuru dari Marang yang kini Presiden Parti yang kibar Panji-Panji Bulan.
Selama ini kawe percaya dia adalah seorang penyokong tegar parti berkenaan.
Ketika kerjaya TokGuru dalam politik sedang memuncak dalam pertengahan tahun 80-an, kawe lihat dia memang condong ke arah parti bulan, dan cakap-cakapnya pun cenderung kepada keyakinan akan isi ceramah yang disampaikan TokGuru.
Hari minggu sudah, nampak ketara sangat perubahannya.
Mungkin sudah lama kawe tak jenguk dan bicara dengannya maka tak ternampak akan perubahan tersebut.
Kawe nampak hakikatnya pada hari ziarahnya itu. Dia yang sebenarnya bukan penyokong TokGuru atau taat mengibarkan panji-panji bulan.
Dia sebenarnya adalah seorang pengimpi untuk melihat Ketua Umum PKR jadi PM!
Kecek-kecek dengannya pada hari itu, sangat marah dia dengan TokGuru.
Sebabnya yang utama kerana TokGuru tidak menyokong ADUN Kajang dicalonkan sebagai MB Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim.
Bagi dia matematiknya mudah sangat. Jika ADUN Kajang jadi MB Selangor (dengan sokongan Presiden PAS) itu bermakna samalah seperti Ketua Umum PKR jadi Menteri Besar!
Diroyak juga betapa ada kenalannya yang diketahui sebagai penyokong setia Parti Bulan, kini sudah berubah angin. Katanya TokGuru sudah tidak dihormati oleh ahli parti sendiri. Ceramahnya pula sudah hilang kehebatannya.
Kawe ungkit musykil, "Kalau bukan TokGuru jadi Presiden, siapa akan naik?"
Tiba-tiba nadanya agak lesu. "Ada calonnya. Ada..."
Kawe perhati gerak badan dan memek mukanya menyerlah ketidak-yakinan yang TokGuru akan digantikan dengan tokoh lain sebagai Presiden PAS.
Kawe rasa bukan dia prihatin sangat dengan kedudukan tampuk kuasa dalam Parti Bulan. Yang dirisaukannya ialah kedudukan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang setelah ketiadaan Ketua Umum PKR dalam gelanggang politik Tanah Bonda.
Dia memang marah dengan TokGuru. Tetapi dia bukan punyai kuasa untuk mengundi siapa-siapa dalam pemilihan Parti PAS yang akan datang.

Permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan