Karya

Karya

Isnin, 6 April 2015

bencana banjir di Kelantan (12): KENAPA DIKAITKAN DENGAN PEMERGIAN TOK GURU?



Mula-mula kawe ingat takboh doh tulis tentang bencana di Kelantan.

Sebab utama kawe dok pergi doh ke Rantau Panjang atau Kemubu. Sudah berhenti ikut saing-saing pergi buat kerja sukarela bantu apa-apa yang mampu dan boleh di kawasan dilanda malapetaka itu.
Sebabnya mudah bangat - pihak berwajib umum macam-macam rencana skala mega untuk hulur bantuan kepada mangsa.

Kita yang pergi atas dasar sukarela dengan bajet sendiri dan bawa bantuan bahan keperluan asas dermaan daripada sahabat-handai waris-warah untuk diagihkan, jadi tidak rasa teruja lagi untuk terus ke daerah malang itu.

Tidak pergi menjenguk dan jejak di padang, maka tidaklah ada perkembangan terbaru terhasil pengamatan dan pengalaman sendiri. Kerana lebih mahukan yang tulen tentang sekitaran daerah bencana, maka kawe tidaklah gemar kutip daripada bahan-bahan siaran televisyen, akhbar atau yang tersebar dalam laman sosial.
Kawe pegang prinsip yang mudah untuk pemerihalan hal mudharat lagu di Kuala Krai tu. Prinsip asas seorang pengkarya.

Petua yang pensyarah buwi lama dulu masa kawe tengah ngaji di Kampus Lembah Pantai: ‘tulis apa yang sangat dekat dengan kamu!’  

Niat berubah jua. Posting dalam grup saing-saing sama ngaji lama dulu gagah mengubah niat taksir tulis tentang bencana itu lagi. Rasa terpanggil untuk tulis sikit lagi kerana kawe rasa mual dan cuak dengan posting yang berkenaan.

Posting yang nampak macam mengungkapkan simpati itu, bagi kawe dah jadi macam pemujaan yang melampaui batasan.

Beginilah jadinya apabila laman social jadi alat media yang bebas dan liar. Kecek-kecek yang layak terkepung di warung sudah terlepas jadi bahan tatapan umum jutaan pembaca jika deras naik gelembung dan pantas tersebar luas aibat dah jadi viral.

Sama ada yang disiarkan dalam grup sosial itu direka tulen atau diciplak bukan hal penting dalam situasi kontemporari. Penghargaan kepada sang pengarang pun bukan jadi soal pokok. Orang yasng salin dan tampal rata-rata tidak peduli akan hal itu lagi. Gelap gulita siapakan empunya karya (kalaupun boleh dianggap sebagai karya). 

Kerna itu kawe istilahkan hasil ciplakan sahaja kerana dengan bangga dipos seolah-olah itu dia yang punya. Sekurang-kurangnya tulis ‘disalin dan ditampal dari grup lain’ itu sudah memadai. Memberikan penghargaan kepada pengkarya asal. Itu barulah berhemah dan budiman! Kita inikan bangsa bertamadun!

Kawe turunkan posting berkenaan.

Tidak ada hasrat mahu dihurai atau diulas kandungannya.

Tapi bagi orang yang pernah pergi ke daerah Kemubu dan Kuala Krai, ini lah sahaja yang kawe nok royak:  PEMUJAAN YANG MELAMPAU! MALAPETAKA DIANGGAP TANDA KARAMAH! 
 Memang kita sangat faham dan mengakui betapa pemergian al-marhum TokGuru suatu kehilangan besar dalam aspek sosio-budaya, agama dan politik di Tanah Bonda. Al-marhum seorang tokoh mega dalam sejarah Tanah Melayu selepas Merdeka. Ramai sengoti pengikut setia politik dan amat ramai pula anak murid dalam bidang agama.
 
Tapi apakah  sentimen pemujaan seperti terkandung dalam posting tersebut itu wajar dengan 
keperibadian, darjat dan ketokohan al-marhum?  

Permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu  lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan