Karya

Karya

Ahad, 17 Mei 2015

dendam orang politik (3): SERANGAN HENDAP DARI BEKAS MB TERENGGANU!

Ini dunia politik sepak terajangnya tiada batasan moral dan tidak mengenal musuh atau kawan. Serangan boleh berlaku dari sudut mana pun dan dari siapa jua. Orang yang pernah diangkat menjadi pembesar negeri dalam pemerintahan Barisan Dacing pun boleh kerkah dan bedal parti sendiri. Itu nampaknya berlaku apabila kuasa sudah tiada di tangan tapi mungkin dirasakan dirinya masih punyai peluang untuk dapat balik tampuk kekuasaan negeri dengan keberanian mendedahkan salah laku pucuk kepimpinan di Putrajaya.

Ini muslihat politik. Hakikatnya ini dendam orang politik. Sekali diberikan kuasa pemerintahan, apabila sudah gelongsor ke bawah dengan dakwaan paksaan, maka berpencak silatlah bekas pembesar untuk menunjukkan betapa silapnya langkah 'membuang dia' dan betapa bagusnya dia ketika pemerintahannya dulu tulus dan telus untuk kebajikan rakyat semata-mata!

Tiada lain yang ternampak oleh rakyat terbanyak - tak kira yang menyokong, yang membangkang dan yang duduk di atas pagar - selain membuka pekung di dada, meludah ke langit, dan menepuk air basuhan tangan yang tergenang di dulang!




 

Selasa, 12 Mei 2015

Dendam Orang Politik (2): TUNGGU NASIB PM KE-7!

Tidak bisa meneka kita bila waktunya Tun M akan kunci mulut dan berhenti menyerang pemegang tampuk pemerintahan parti dan negara. Tidak berbayang pun bunga-bunga Tun M akan bersara dalam kemegahan sebagai Negarawan Ulung. Detik itu nampaknya tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat ini. Tidak selagi PM ke-6 masih ada di takhta Putrajaya. Apakah Tun akan berhenti berperang di alam siber jika PM ke-7 nantinya (itu pun jika Pengerusi Dacing terus jadi pemimpin nombor wahid Tanah Bonda) ditakdirkan adalah ADUN Ayer Hitam kini yang boleh saja dilantik jadi MP Jerlun sekali lagi dalam PRU ke-14!
Dalam politik simpang-siur dan sepak terajangnya rumit serakah dan di luar jangka.
Tapi dendam orang politik sukar amat mahu dipadamkan!
   

Jumaat, 8 Mei 2015