Karya

Karya

Isnin, 4 Mei 2015

Cerita Terengganu (6): LONDON BRIDGE DI KUALA TERENGGANU!



Tersebar dalam grup whatsapp saing-saing jaman sekolah foto jambatan Darul Iman yang sedang dalam pembikinan. Perunding projek dikatakan saing (bau-bau bacang) jaman remaja itu jugak.

Tengok lukisan artis akan jambatan yang sudah siap tapaknya di kedua-dua belah muara Sungai Terengganu, memang mengkagumkan.

Bukan sahaja rekabentuknya mirip London Bridge, malahan serupa jugak kerana boleh dinaik-turun jika ada kapal masuk kuala, tapi yang pasti bukan yang duk luncur tak berapa nak laju semasa Monsoon Cup!   

Pelbagai reaksi saing-saing tengok gambar itu. Banyaknya yang menjuih dan menggetus.

Perkara lazim kalau terheboh akan terbina sesuatu yang baru saiz mega.

Tengok saja KLIA dan Putrajaya.

Komen negatif sewaktu pembinaan dan sewaktu baru siap macam peluru berpandu serupa bom kluster. Kalau tengok hentaman dan kecaman itu, memang patutnya tidak dibinalah dua projek mega zaman Tun Mahathir.

Bertambah rancaklah ledakan bom dan tembakan mortar ketika period Reformasi menggegar Tanah Bonda. KLIA dan Putrajaya jadi semacam takdok manfaatnya sebiji zarah untuk rakyat. Semata-mata dibina untuk kantung kroni. Begitulah digambarkan kepada rakyat akan pembaziran kerajaan waktu itu. Tidak ada yang baiknya KLIA dan Putrajaya.

Alangkah baiknya kalau boleh dikumpul balik gerombolan yang bertempik keluar api macam naga itu sewaktu Period Reformasi.

Mintak naga kecil dan besar itu tempik dan sembur semula dendam dan api kemarahan mereka pada hujung 1990-an itu.

Moleknya jangan buat kumpul-kumpul dan tempik-tempik itu di Jalan TAR, tapi pergilah ke KLIA dan Putrajaya. Ketua Polis Negara buwi sahaja permit. Tak usah sulit-sulit mahu dihantar puluhan trak FRU.
Kerana yang akan lawan balik dan mengutuk naga-naga kecil besar dari Zaman Reformasi itu bukan pengawal atau polis. Tapi penumpang kapal-kapal terbang yang serabut. Dan pengunjung, penduduk dan pekerja jabatan awam di Putrajaya tentu jengkel jika peristiwa Jalan TAR itu berulang di depan Masjid Besi atau di tengah-tengah bulatan mendepani Pejabat Perdana Menteri.

Kawe rasa begitulah dengan pembinaan jambatan baru merentasi Muara Sungai Terengganu.

Yang jadi pengkritik memang mudah melontar bom dan ledakkan bedilan.

Apabila sudah siap, entah-entah yang marah-marah dan pendendam itu, yang nak jadi naga jugak itu, antara orang-orang awal yang berebutan mahu merentasi jambatan baru yang canggih mahu segera ke Tanjung kerana ada urusan penting!

Pendapat kawe?

Ini jawabnya:-     



"LONDON BRIDGE DI KUALA TERENGGANU"

muaranya lebar membelah peradaban negeri
satunya Kota Melayu kubunya Bukit Puteri
berlabuh kapal besar dari Peranchis juga China
dinamika ekonomi bijak ditadbir jadi bandaraya

yang lagi satu kekal tradisi jatidirinya kampung nelayan
berganti generasi rezeki ditumpang bot penambang
diniaga bilis, sotong kering, keropok ikan selayang
bercampur-aduk ningrat kota dan marhaen Seberang
bergaulan darjat peniaga & pedagang di Kedai Payang

di alaf terbaru jambatan canggih dalam bikinan
London Bridge jadi model, boleh diturun-naik
berubah deras landskap sosio-budaya-ekonomi orang Kuala
dan rakyat di Seberang wajah kampungnya giat di-tranformasi
rumah kayu banyak hilang berganti banglo
bot penambang gelongsor peranan jadi hiasan
jatidiri kampung nelayan terkikis entah apa boleh diwarisi
kerna semuanya laju terlajak dokdang nok kelur!

permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan