Hujung minggu terkini, kawe dan Yang Tersayang penuhi jadual
hadir kenduri sahabat-sahabat di Shah Alam, dan Kajang.
Mulanya agak keberatan mahu terbang ke Kuala Lumpur. Sudah
atur dengan Lateefa agar dia saja yang pergi kenduri ditemani waris-warah
terdekat yang ada di Lembah Kelang.
Rencana berubah drastik. Panggilan telefon daripada Haji
Rosli mengubah rancangan asal kawe tak hendak ke KL.
Dengar suaranya udah menjadikan hati kawe ‘denner’.
Rosli sahabat kawe ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci.
Kami menginap di bilik yang sama di Madinah dan Makkah. Penghuni
khemah yang sama di Arafah. Di kawasan sempit yang sama berzikir, tidur, solat
dan meringkuk dalam sejuk sekitaran Mudzalifah. Di perkhemahan Mina, tikar kami
terhampar bersebelahan. Bahkan ketika Mina dilanda banjir hari Tasyrik ke-3,
kami sama-sama terperangkap dalam bas yang sama, hanya berselang dua tempat
duduk.
Lantas, mana mungkin bisa ditolak apabila Haji Rosli menelefon
dan jemput ke majlis kenduri sulung anaknya.
Jejaka budiman Saiful ambil kami di KLIA2.
Singgah kami di Seremban satu malam. Ziarah CikNa yang belum
sampai tiga bulan kembali dari Melbourne. Selepas bertugas di sana selama tiga
tahun lebih sikit.
Baik hati senghoti pasangan ini. Walaupun dua anak lelakinya
(Eihaab dan Walid) baru bersunat pagi Sabtu, sanggup CikNa bawak kami ke Shah
Alam menghadiri kenduri Haji Rosli, tak jauh dari Masjid Sultan Salahuddin Shah.
Lepas Zohor
(kelewatan hampir jam dua setengah), kami patah balik melalui KESAS penuhi
jemputan kenduri anak lelaki tunggal seorang professor di Palace of Golden
Horses.
Di kedua-dua kenduri itu kawe pakai baju hijau stail Raihan
(macam Dato Fadhilah Kamsah jugak!), berseluar slack hitam.
Ada waris yang mengusik, “Smart-nya, Pok Harleem!”
Kawe pantas menjawab, “Kita ni wakil MB. Errr...MB yang dah
tumbang tu!”
Ketara musykil refleksi kerutan di wajah empunya usikan.
Kawe pun buka cerita. Tentang sedikit kebaikan wakil rakyat
dari Kemaman itu.
Bukan kawe baca daripada akhbar, facebook, WhatsApp atau dikutip
sembarangan daripada mana-mana blog.
Kawe dapat ceritanya daripada rakyat biasa – golongan marhean
yang peroleh kebajikan yang tidak sedikit daripada Tok Wakil dari Kemaman itu.
Tak kiralah apa jua tanggapan yang tersebar luas dalam WhatsApp, Facebook dan akhbar tentang ‘surat
kontrak dan majlis kenduri kahwin’ yang terkenal itu.
Kawe tetap percaya tiap orang ada kebaikan dan keburukan
dalam menjalani hidup hariannya, dan punyai kekuatan dan kelemahan dalam
menunaikan amanah besar yang terpikul.
Tidaklah perlu diulangi kisah atau episod yang buruk-buruk
itu.
Tapi udah jadi lazim, tumbang seorang tokoh politik, maka
ternampak seolah-olah tiada yang baik lagi tentang dirinya.
Kenapa tanpa segan diroyak kepada waris-warah dan kenalan: ‘Kawe
wakil MB...yang dulu!”
Tunggu. Yang itu kita bicara di ruang yang lain.
Permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan