Kemarin. Lepas Isya.
Baru sudah makan berjemaah dengan Lateefa dan Dek-Dek.
Berjamu hidangan pakej KFC.
Sewaktu Lateefa dan Dek-Dek masih nampak berselera untuk
terus kecek-kecek, kawe undur diri dari meja makan. Mahu segera naik ke ruang
famili. Hasrat mahu nonton apa-apaan tentang Brasil 2014 tinggi seghoti.
Biarlah Lateefa dan Dek-Dek sambung royak hal apa jua ikut
selera.
Hanya tinggal satu hari lagi anak gadis kawe yang tengah itu
ada di rumah. Esok malam Dek-Dek akan kembali ke kampus. Sambung studi semester
tiga di Gombak. Masih ada 24 jam untuk diisi hal-hal bermutu yang nampaknya
hanya ibu dan anak berhasrat kongsikan. Begitu yang kawe nampak daripada
lingguk dan riak badani. Kawe tak perlu campur lebih lanjut. Baiknya naik
tangga dan santai di depan tv.
Tinggal tujuh anak tangga, kawe berhenti dan cuba berdiam.
Selepas kembali undur tiga langkah menurun, mata masih
mencorongi dinding ruang famili, kawe panggil Dek-Dek dengan suara habis
rendah.
“Ambik tisu...ambik lima enam getah jugak!”
“Getah?” Dek-dek yang tidak tahu tujuan kawe, tidak pasti
pulak getah yang mana.
Kawe tunduk sambil pegang pagar tangga. “Getah ikat
plastik!”
Nampak Dek-Dek belum pegang apa-apa tisu, kawe berikan usul.
“Ambik tisu KFC tu! Cepat sikit!”
“Ayah nak buat apa?”
Laju Dek-Dek naik, laju jugak dia turun. Jelas dia tiada hasrat tunggu jawapan. Molek benar, kerana kawe pun tiada hasrat mahu respon. Mahu katup bicara cepat-cepat. Tidak perlu dihebohkan kerja dan rencana kawe. Boleh jadi kecoh sebuah rumah!
Dalam satu minit buat persediaan, kawe pun menguting.
PELEPAK!
Tidak bergedik sikit pun. Terus hilang nyawa.
Tak ternampak kesan percikan bendalir daripada badannya.
Tidak pulak ada kesan hentaman yang kuat di mana-mana anggota. Tiada kaki yang
tercabut. Tak ada jugak kepala yang remuk. Tidak jugak terkesan bahagian badan yang
hancur.
Kawe tak gunakan semburan racun. Kawe tidak piat dengan
penyapu lidi. Kawe tak rodok dengan kayu.
Kawe guna kaedah lama.
Hanya dengan tisu, sekali hentam terus mati.
Ini kaedah lama. Zaman remaja dulu udah reti kawe buat. Ini
cara budak kampung.
Bunuh lipas hanya guna tisu. Yang dilipat kemas, diikat
kejap guna seurat getah gelang. Lima gelangan yang lain dijadikan pembidas.
Inilah rupa tisu KFC yang digubah dan digunakan bunuh lipas. Alat mesra alam
tanpa semburan racun, lidi atau penyapu!
Masih adakah remaja lelaki kontemporari (kampung atau bandar) yang reti buat alat mudah macam ini?
Masih adakah remaja lelaki kontemporari (kampung atau bandar) yang reti buat alat mudah macam ini?
Masih adakah remaja lelaki kontemporari (kampung atau bandar) yang boleh jatuhkan lipas atau cicak dari dinding dengan sekali bedik saja guna lastik fesyen lama ini?
Permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan