Kelebihan nginap di Hotel 81 Tristar tentunya kerna capaian ke
restoran dan medan selera hanya jalan-jalan saja. Tak sempat lelah dan tiada peluh
terbit pun.
Yang menjadi kegemaran Lateefa ialah makan di Pasar Gelang
Serai. Di situlah jugak menjadi kegemaran Pak Jamal dan isterinya Syeikhah Manisah.
Malahan kalau ikut royak kabor tentang kisah-kisah lama sewaktu arwah Ayahanda
Hj Amin masih ada, dan Bonda Hajjah Rogayah masih boleh menyertai perjalanan
jauh dari Darul Iman ke Kota Singa ini tanpa fikirkan masalah apa-apaan, gerai
di Pasar Geylang ini menjadi kesukaan famili jika berziarah ke Singapura.
Gemarnya Lateefa akan kacang fhol ini (barangkali sebab udah jadi 'menu kegemaran famili'), hatta ketika menunaikan Ibadah Haji pada tahun 2010 dulu, itulah juga yang diidaminya.
Bertanya kiri dan kanan, dan tersesat di beberapa lorong (kerna dok reti bahasa Arab daa), ketemu jua 'jodoh Lateefa' dengan kacang fhol dan roti lebar Arab di sebuah restoran yang agak tersorok. Maka tertunailah jua 'mengidam' Lateefa di Tanah Suci!
dirakam kira-kira empat tahun dulu. ketika kawe dan Lateefa hadiri majlis kenduri anak jantan Cikgu Abdul Rahman. di belakang kawer itulah Pasar Geylang. |
set menu Kacang Fhol yang menjadi dambaan Lateefa dan Pak Jamal. |
Menu yang paling menyelerakan ialah kacang fhol dicicah
dengan roti. Tentunya pengiring yang menimbulkan ‘umphh’ itu ialah teh tarik!
Gerai yang menyediakan kacang fhol yang enak ini duduknya di tingkat satu Pasar Geylang. Boleh saja diakses ikut 'mesin angkut' atau menapak saja tangga jika mahu bakar kalori sebelum pekena makanan dan minuman yang lemak dan manis. Musuh pengidap diabetes belaka tuh!
Permisi dulu untuk sementara.
Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi dalam kecek-kecek tentang Ziarah terbaru kawe dan Lateefa ke Kota Singa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan