Kali terakhir kawe ke Negara Singa itu kira-kira empat tahun
dulu. Kerna hadir di kenduri kawin anak Abe Man – pesara guru yang
hospitalitinya kelas wahid. Abe Man kediamannya di Tempinis. Kenduri pertama
anaknya waktu itu dilangsungkan di Dewan Awam. Pernah tiga empat kali
sebelumnya kawe hadiri kenduri waris-warah di Singapura, dilangsungkan di bawah
pangsapuri. Di suatu ‘kawasan umum’ yang dikhaskan untuk dilangsungkan
keramaian.
Yang kawe nampak ketara, kenduri waris-warah di Singapura
itu menu utama magnet selera ialah nasi biryani kambing. Ughh, memang sedap
ngoti.
Pada kenduri kali ini kawe nginap di Hotel 81 Tristar,
letaknya dalam kawasan Geylang Serai. Selesa bangat di sini. Biliknya bagus. Ada
kolam renang. Dan tentulah yang terbagusnya mudah cari tempat makan-minum.
Tidak perlu naik teksi atau berpeluh menapak hanya untuk sarapan.
Ziarah waris kali ini kawe menyertai konvoi famili Pak Jamal
dan Syeikh Saiful (dua jejaka budiman yang mudah senyum, senang membantu dan ringan buat kebajikan) .
Dari Ganu terbang dengan AirAsia, lepas itu langsung ke
Sungai Ramal Dalam. Ziarah Umi Long dan Dr Rahman. Aktivis NGO yang menguruskan
sebuah rumah anak-anak yatim di Sungai Merab. Betul-betul dilaksanakan ‘bukan
bertujuan untuk untung’ dan ‘tidak sekali-kali pasangan merpati budiman ini’
bergantung hidup pada sumbangan yang disalurkan kepada rumah kebajikan
anak-anak yatim dan budak-budak miskin. Mereka tukang urus-tadbir yang kerja
sukarela sungguh!
Mohon maaf. Permisi dulu.
Mahu mengemas kain baju. Perlu bersiap-siap
untuk ke KLIA. Terus perjalanan pulang ke Ganu Kiter!
InsyaAllah dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi dalam Bahagian
lanjut ‘Ziarah Waris di Singapura’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan