Melaka, 1509. Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu.
Atas
arahan Wazir Portugis di Goa, iaitu Alfonso de Albuquerque maka armada Portugis
dengan kekuatan kapal tujuh buah, ghali panjang sepuluh, dan fusta tigabelas
(diketuai Kapitan Gonzalo Periera) telah menyerang Kota Melaka.
“Telah
keesokan harinya, maka segala anak Portugal pun naiklah dengan istinggar, dua
ribu orang, lain pula orang hitam dan segala lasykarnya tiada terbilang lagi banyaknya.
Maka dikeluari oleh orang Melaka, Tun Hasan Temenggong panglimanya. Maka
bertemulah dengan Feringgi lalu berperang, gegak gempita bunyinya dan senjata
seperti hujan yang lebat. Maka ditempuh oleh Tun Hasan Temenggong dan segala
hulubalang Melaka. Maka Ferenggi pun patah perangnya, dan banyak mati lalu
undur. Maka oleh segala orang Melaka digulungnya sekali-sekali. Maka Feringgi
pun pecahlah lalu lari ke air, diperhambat oleh orang Melaka. Maka Feringgi pun
naik kapalnya, lalu belayar kembali ke Goa.
Setelah
datang Goa, segala perihal ehwalnya itu semuanya dikatakan kepada
wazir-wazirnya. Maka wazir-wazirnya pun terlalu marah. Maka ia menyuruh
berlengkap pula hendak menyerang Melaka. Maka kata Kapitan Mur, ‘Pada bicara
kita, tiada akan alah Melaka, jikalau ada lagi Bendahara Seri Maharaja (Tun
Mutahir); berapa besar pun angkatan menyerang, Melaka tiada akan alah.” (kitab
Sejarah Melayu: 184)
Apakah
sebabnya Melaka diserang sebegitu rupa? Tiada lain kerana kemakmurannya. Maka
Portugis
berhasrat menjajah sebuah kota perdagangan di Kepulauan Melayu itu yang
dikatakan;
“Adapun
zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala dagang pun berkampung.
Maka dari Air Leleh datang ke Kuala Muar pasar tiada berputusan lagi, dari
Kampung Keling datang ke Kuala Penajuh itupun tiada berputusan. Jika orang dari
Melaka datang ke Jugra tiada membawa api lagi, barang di mana berhenti di sana
adalah rumah orang”. (kitab Sejarah Melayu: 183)
Selepas
itu, pada tahun 1511, dengan armada yang lebih besar, Alfonso de Albuquerque
sendiri mengetuai serangan terhadap Melaka. Pada waktu itu, Bendahara Seri
Maharaja Tun Mutahir sudah meninggal dunia. Dihukum bunuh oleh Sultan kerana
percayakan fitnah dua saudagar yang bertelagah.
Dalam
perang selama sepuluh hari itu, kerana kekurangan peralatan, teknologi senjata
yang mundur, dan strategi yang longgar, akhirnya Melaka kalah. Maka jatuhlah
Empayar Kesultanan Melayu yang tersohor. Terjajahlah Melaka selama 130 tahun di
bawah Portugis.
Maka
kemakmuran sebuah kerajaan dirampas, dan kedaulatannya dicabul!
@@@@@@@@@@
Hujung Februari 2013. Lahad Datu, Sabah.
Sekumpulan
penceroboh berkeras tidak mahu berundur, dan berdegil tetap berhasrat menuntut
Timur Sabah. Kononnnya, itu adalah wilayah asal sebuah kesultanan yang
sepatutnya mereka warisi.
Gerombolan
itu datang dari wilayah yang telah lama bergelora. Empat dekad berperang dengan
kerajaan Filipina kerana tuntutan autonomi. Tapi yang ketara terlibat ialah
MNLF dan MILF saja. Tidak disebut pun ada mana-mana waris kesultanan atau
‘soldadu di-Raja’ berjuang menuntut autonomi di negara itu. Mereka hanyalah
kumpulan serpihan yang berselisih pula dalam soal ‘menentukan perwarisan yang
sah kesultanan’ berkenaan.
Apabila
perdamaian dicapai pada Oktober 2012 antara MILF dengan kerajaan Filipina,
nampak seolah-olah kumpulan serpihan ini sudah terpinggir. Maka tiada lain
sasarannya. Sebuah negeri yang makmur ekonomi dan sejahtera kehidupannya, di
bawah Malaysia.
Atas
alasan sejarah, gerombolan itu pun datang membawa label ‘soldadu di-Raja’ mahu
merampas (menjajah?) sebahagian Sabah!
Mereka
lupa baca sejarah betul-betul. Mereke sudah silap tafsir. Dokumen yang
dikatakan bukti hak mereka terhadap wilayah yang mahu dituntut itu dah tak berguna.
Tidak punyai kaitan lagi. Sabah bukan hak jajahan mana-mana kesultanan. Sabah
adalah negeri yang merdeka dalam negara Malaysia yang berdaulat. Manakala ‘bayaran
tahunan’ itu pula, bukannya kos pajakan, tapi serupa ‘wang ehsan’ saja.
Lagipun, gerombolan
itu juga terlupa:-
i.
Ini
bukannya Kota Melaka tahun 1511, dan
ii.
Mereka pula
bukan armada Portugis yang punyai peralatan canggih dan terlatih berlebihan daripada hulubalang Melaka .
Yang
serupanya?
Sabah itu
memang makmur.
Ramai
pula waris-warah penceroboh itu yang hidup sejahtera di situ.
Hakikatnya,
itulah antara sebab utama gerombolan itu datang menceroboh, mengganas, dan mahu
menjajah!
Lantas, gerombolan
ini bertindak seolah-olah mereka adalah penjajah yang hebat!
Cuma khuatir seghoti kita:-
1. Sebetulnya, berapa ramai pengganas yang mendarat hujung Februari itu, dan yang sudah berjaya lolos lebih awal (mungkin beberapa bulan tahun lepas) dan menyusup di Lahad Datu?
2. Berapa hebat pula kekuatan senjata, dan tahap kecanggihan teknologi maklumat yang mereka punyai?
3. Apakah tiada konco-konco gerombolan ini yang sudahpun lolos ke daerah lain di Sabah?
Lantas, jika benarlah mereka mahu menjajah (bukan sekadar nampak berlagak tetapi berkemampuan), maka musykil benar jadinya kita!
Cuma khuatir seghoti kita:-
1. Sebetulnya, berapa ramai pengganas yang mendarat hujung Februari itu, dan yang sudah berjaya lolos lebih awal (mungkin beberapa bulan tahun lepas) dan menyusup di Lahad Datu?
2. Berapa hebat pula kekuatan senjata, dan tahap kecanggihan teknologi maklumat yang mereka punyai?
3. Apakah tiada konco-konco gerombolan ini yang sudahpun lolos ke daerah lain di Sabah?
Lantas, jika benarlah mereka mahu menjajah (bukan sekadar nampak berlagak tetapi berkemampuan), maka musykil benar jadinya kita!
Permisi.
Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.
hebat ulasan tuan.. terasa gerun, kalaulah serangan di sabah adalah seperti sejarah yang tuan nukilkan, dengan lasykar penyerang yang juga tak terkira ramainya dan peralatan perang setara hebat, apakah yang akan berlaku ?
BalasPadam