Seorang
sahabat menelefon. Dalam suasana sekarang, dapat diteka. Tiada lain tujuannya.
Mahu tahu pandangan tentang tragedi di Lahad Datu. Dia mintak saya tulis
sesuatu mengenainya di dalam blog.
Mulanya mudah saya memberikan jawapan,
“Sukar nak tulis. Perasaan dah jadi rojak yang sangat tak sedap. Negatif belaka. Keliru. Marah. Dendam. Hampa. Baik diam
daripada kata apa-apa.”
Lama
jugak berbual dengannya. Hampir setengah jam. Kira-kira sepuluh minit
kemudian dia telefon lagi. Pendek tuturnya.
Mungkin
dia faham dan tahu. Waktu pagi hingga tengahari saya biasanya tidak layan
panggilan sesiapa. Itu waktunya saya sedang berkarya. Kadangkala tekun
membaiki dan menyunting. Ada kalanya mentelaah di khutub khanah Tun Sri
Lanang, mencari bahan-bahan yang khusus. Lazimnya, di watu pagi, saya tidak
mengizinkan sesiapa jua mengganggu. Mudah kaedahnya. Tak jawab telefon. Kalau sms gagah lagi mahu dibalas. Waktu itu emas nilainya. Itu peruntukan waktu kerja kreatif.
Tapi
pagi ini ada kelonggaran. Kerana pertama kali dia telefon itu pun membalas
panggilan saya yang tidak dijawabnya malam tadi. Kira-kira jam sebelas malam
tadi saya telefon mahu rujuk tentang kesahihan fakta yang mahu dijadikan bahan dalam novel terbaru.
Jadinya, kena layan jugaklah balasannya itu walaupun bukan waktu yang terbaik
untuk saya.
Saya
anggap dia faham situasi kreatif itu, maka panggilan kedua ini ringkas saja.
Pemintaannya mudah bangat. “Tengok TV3!”
Gangguan
lagi. Tapi kerana saranan itu daripada seorang sahabat, tentu ada hal yang
sangat penting sehingga dia semacam ‘memaksa begitu’!
Kira-kira
sudah tamat sidang akhbar oleh Ketua Polis Negara, berdenting sms masuk ke
telefon. Dia lagi!
Begini
(tanpa edit) ditulisnya:
Paling best bila tanya
senjata apa kita guna utk serang...kpn jawab ‘kita guna sjata api’.
Maka
musykil jadi nanar dalam kepala. Apa dah jadi ni? Mana pergi semua pakar runding
dalam bidang media, komunikasi dan perhubungan awam? Kenapa seorang KPN boleh
tersasul macam itu?
Situasi
amat getir sekarang. Tanah Bonda diceroboh. Rakyat mahu tahu perkembangan
terkini. Rakyat mahu lihat ketegasan pihak berwajib. Rakyat mahu lihat
tindakan-tindakan bijaksana orang yang diberikan tanggungjawab. Termasuklah
tutur katanya ketika berdepan dengan media.
Kenapa jawapannya begitu? Macam main baham rambang saja?
Kenapa jawapannya begitu? Macam main baham rambang saja?
Ketika perajurit-perajurit negara berdepan dengan gerombolan pengganas, sekumpulan pesara yang pernah berkhidmat dalam pasukan ketenteraman awam berkumpul menyatakan protes di Tugu Negara. Sebelum itu, heboh seghoti dalam media hinggakan beberapa laporan polis dibuat beberapa pihak. Yang berkumpul di depan Tugu Negara, dan yang membuat laporan, semua marah-marah belaka.
Lalu saya usaha cari punca kemarahan itu. Maka terjumpalah ia daripada sumber yang 'dipercayai benar' oleh sesetengah pihak.
Rupa-rupanya beginilah kenyataan (dipetik daripada akhbar online) yang menyebabkan semarak semangat dan ternyala api kemarahan beberapa pihak kepada seorang ahli politik yang asalnya dulu biasa terlibat dengan reformasi di jalanan.
Lalu saya usaha cari punca kemarahan itu. Maka terjumpalah ia daripada sumber yang 'dipercayai benar' oleh sesetengah pihak.
Rupa-rupanya beginilah kenyataan (dipetik daripada akhbar online) yang menyebabkan semarak semangat dan ternyala api kemarahan beberapa pihak kepada seorang ahli politik yang asalnya dulu biasa terlibat dengan reformasi di jalanan.
_________________________________________________________
Insiden tembakan di Lahad
Datu konspirasi terancang Umno – Tian
(Oleh Aisha Geoffrey)
Posted by Keadilan Daily
on Mar 1 2013.)
KUALA LUMPUR 1 MAC:
Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan
Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden
KEADILAN, Tian Chua. Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan
menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan
Umno.
“Kita rasa pelik kenapa
media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media
asing. Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang
dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum
diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.
Menurut laporan media
Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari
Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga
menyebabkan kematian.
Seorang jurucakap
kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh
dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan
Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini. Menurut akhbar The
Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas
kubu penceroboh pagi ini.
Mengulas lanjut, Tian
menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk
menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh
kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu
pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.
___________________________________________________
Ugh,
mungkin wartawan akhbar online itu tersilap tafsir kenyataan asal. Mungkin
tidak begitu 'nawaitu' ahli politik berkenaan. Maka akan terjadilah 'perkara
lazim' kesilapan itu terbeban di atas bahu wartawan yang 'silap lapor'. Atau
benar jugak media lain sudah putar belit kenyataan yang sebenarnya.
Tapi
dalam politik apakah yang 'betul-betul' benar?
Kadangkala orang politik ni pulak, yang salahnya orang lain (lawannya) belaka!
Kadangkala orang politik ni pulak, yang salahnya orang lain (lawannya) belaka!
Entahlah.
Benar atau palsu macam tiada garis sempadan.
Teringat
saya akan kata-kata seorang pujangga Raja Ali Haji:
"Kalau banyak
mengatakan orang, diri sendiri yang kurang. Kalau banyak berkata-kata, di situ
jalan masuk dusta!"
Itulah
sebabnya kadangkala diam itu merupakan senjata orang bijaksana.
Ugh,
terasa silap pulak melayan permintaan sahabat yang seorang itu!
Permisi.
Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.
Al-Fatihah kepada para perajurit yang terkorban kerana kedaulatan Tanah Bonda. Semoga Allah merahmati semuanya, dan dimasukkan mereka dalam golongan orang-orang yang diredhai-Nya kehidupan mereka itu di dunia dan akhirat. Ameen.
Al-Fatihah kepada para perajurit yang terkorban kerana kedaulatan Tanah Bonda. Semoga Allah merahmati semuanya, dan dimasukkan mereka dalam golongan orang-orang yang diredhai-Nya kehidupan mereka itu di dunia dan akhirat. Ameen.
Tidak berkata-kata maknanya banyak berbicara di dalam hati.
BalasPadamFakirFikir, lama bangat demo sembunyi & sepi. ingat udah mastautin di negara kanggaruu, pak :-)
BalasPadamcamna tak nak kata apa apa kalau faktanya begini. 1 batalion bersamaan 1,500 askar. kita hantar 7 battalion askar dan 1 battalion PGA... bermakna lebih 10,000 lawan 200 musuh.. yang tak bestnya, serang jam 7 pagi tadi(disokong jet dan mortar)sehingga sekarang jam 11 malam tak menang menang lagi...aduya
BalasPadam