Acap kali kita menipu diri sendiri. Kerap senghoti kita
mengaku boleh dan mampu melakukan sesuatu perkara dan berani memberikan janji.
Hakikatnya, kita jadi penipu yang berdikari (berdiri di atas kaki sendiri) tapi
tiada kebolehan dan kemampuan. Walaupun kita punyai banyak wang, penuh kocek yang dalam.
Jika usia doh jengah
lima puluh, maka tak terkira berapa banyak udah kita jadi ‘penipu berdikari’. Menipu
diri sendiri.
Mudah bandingannya, tengok kerja potong rumput saja.
Kalau ikutkan nafsu, kita mengaku boleh dan mampu potong rumput hatta yang hijau tumbuh comel dalam kawasan rumah suku ekar.
Hakikatnya, rumput karpet yang dibentang hanya muat dua kereta wira itu pun tak larat nak dijaga betul-betul.
Sebenarnya, ini tidak ada kena-mengena dengan factor usia. Tergendala
kerja jaga dan potong rumput itu kerana tak reti nak urus kebolehan dan kemampuan sendiri. Bukan tak larat nak buat sebab usia yang udah jauh meninggalkan muda. Dah senior tapi tak ada bijaksana untuk mengurus. Itu saja.
Pernah berlaku, seorang waris bukan main bersemangat mahu pakat-pakat beli mesin potong rumput. Dia
hitung rugi besar bayar lima puluh rial sebulan kepada tukang potong rumput. Dia fikir,
jika miliki mesin dan potong sendiri adalah terlebih bagus. Jimat dan molek pulak untuk kesihatan.
Saya tidak termakan umpannya. Tidak berminat langsung. Kerana
lebih suka tengok orang lain (yang mampu dan berkebolehan) potong rumput, dan duduk
kita nikmati pemandangan menyeronokkan ketika tekukur, tiak, murai dan merpati singgah
di laman mencatuk ulat dan makhluk seni yang terdedah kerana rumput udah pendek.
Maka tak jadilah saya masuk pakatan untuk aktif potong
rumput tiap bulan. Tidak jugaklah hulur pitih untuk dana beli mesin.
Suatu ketika yang lain, berbual dengan waris yang lain pula, saya ungkit tentang si
tukang kempen nak isi dana beli mesin potong rumput itu.
Bukan main marah dia.
Mendengus macam lembu korban menarik nafas terakhir.
Katanya, “Nak potong rumput sendiri? Longkang depan rumah tersumbat
tu pun dia dok peduli. Pokok bunga berserabai tepi pagar buat dok kisah je. Sebabnya?
Takboh upah orang lain. Rugi beri duit kat orang sebab buat kerja mudah. Dia
fikir, kerja orang lain mudah belaka. Duit banyak, tapi bakhil! ”
Tinggi sekali nadanya apabila arus marahnya mengalir lebih deras.
“Bulan
lepas, orang taman pakat gotong-royong. Masuk bersih jugak jalan hala rumah dia.
Usah nak join, lalu dengan kereta dok tegur setarang pun! Kalau kamu ikut dia,
pakat-pakat hulur pitih beli mesin rumput tu...akhirnya kamulah yang jadi
tukang potong. Sebab dia rasa kerja tu mudah. Dia serah kat mun belaka. Dia
akan kata kerja mudah macam tu, kamu pun boleh buat. Tak payah upah. Tak payah
suruh orang lain!”
Permisi. Dengan izin-Nya kita bisa ketemu lagi.
__________
nota: foto iringan hanya hiasan. tiada kaitan dengan inti kisah kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan