Agak lama kawe tidak ke Kompleks Media Karangkraf, di Seksyen 15 Shah Alam. Udah nak masuk setahun setengah.
Lama tempohnya tu kalau diukur nilaian temu-diskusi
dengan ketua editor dan kenalan-kenalan yang lain, yang bukan sahaja terbabit
dalam penerbitan karya kawe, malahan mereka juga yang begitu komited terbabit
dalam pemasaran dan jualan buku-buku terbitan syarikat penerbitan Melayu
terbesar, yang kawe suka sekali gelarkan DBP Swasta.
Digelar begitu
bukan kerana budaya kerja yang serupa, tapi saiz organisasinya yang kawe fikir
jika tidak lebih besar, boleh dikatakan samalah dengan badan penerbitan di
bawah kementerian yang ‘dilanda kebocoran mega’.
Tabik kepada
Dato Hushamuddin Yaacob yang memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan
merangkap Pengerusi syarikat keluarganya itu.
Tentu tidak
silap hitung kawe menyamakan saiz Kumpulan Media Karangkraf (KMK) dengan DBP.
Tengok total majalahnya saja yang cecah 30 judul itu pun sudah nampak hebatnya.
Itu tidak dikira dengan pelbagai judul novel dan karya agama di bawah
panji-panji Buku Prima, Alaf21, dan Karya Bestari yang bernaung di bawah KMK.
Ini kisah
kejayaan cemerlang anak Melayu kelahiran Kelate dalam dunia penerbitan Tanahair.
Malahan ada jolokan ‘media moghul’ diberikan kepadanya dalam dunia media
tanahair. Tentunya munasabah gelaran itu dikalungkan kepada Dato Hushamuddin,
kerana KMK turut menerbitkan akhbar Sinar Harian yang dikatakan suara nutral
rakyat kebanyakan, tapi begitu berpengaruh, misalnya dengan penganjuran forum
secara langsung yang menjadi gelanggang aduan intelektual dan wibawa pemimpin
partai pemerintah dan pembangkang.
Tentulah
masih segar dalam kepala peminat dan pembaca Sinar Harian dan rakyat Tanah
Bonda seluruhnya, betapa selain daripada aura ‘skandal lembu’, yang melonjakkan
populariti dan pengaruh Rafizi Ramli ke seluruh Semenanjung adalah debat dengan
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
yang diadakan di Kompleks Media Karangkraf.
Kawe ke
Karangkraf kali ini bukan kerana ada forum atau debat. Kawe terbang ke Shah
Alam untuk ketemu ketua editornya dan berjumpa seorang novelis otai dari Muar
yang merupakan sahabat kawe. Selain itu, kawe sudah daftar untuk hadiri bengkel
kreatif anjuran Grup Buku Karangkraf.
Kerna KMK
letaknya di Shah Alam, terbang melalui Malindo jadilah lebih mudah perjalanan ke
sana.
‘Ugh, macam
naik bas sahaja!’
Itu reaksi
kawe ketika masuk ke dalam pesawat. Menapak di tangga yang agak sempit dan
kecil, ruang di dalamnya tidak luas seperti pesawat MAS atau AirAsia.
Cuma
perbezaan ketara dengan servis Bas Ekpsres ialah hiasan dalaman yang agak mewah,
dan tentulah kerna ada pramugari yang lawa-lawa, selain diberikan air mineral
secawan dan sebungkus kecil biskut kering.
Kawe duduk
agak ke depan. Selang dua baris kerusi mendepani kerusi khas pramugari.
Sewaktu akan
melabuh punggung, kawe perasan gadis yang terlebih mengambil tempat di tepi
tingkap, menjeling. Kawe berpaling sebagai tanda hormat, dan cuba menguntumkan
senyum. Tiada reaksi apa-apa daripadanya. Macam tak suka kawe duduk di
sebelahnya.
Ketika
pesawat udah mula bergerak di landasan, pramugari datang menjenguk dan
menghulurkan kertas A4 panduan keselamatan kepada gadis itu yang ralit dengan
telefon bimbitnya.
‘Ugh, tak
sopan pramugari nih! Susah sangat ke nak bercakap. Susah sangat ke nak tegur
baik-baik. Tak cukup latihan dia nih!’
Segeralah
gadis itu mematikan telefonnya tanpa bicara.
Kawe buat
sardin saja. Dalam hati berdetak jugak, ‘Padan muka. Sombong. Kita nak sedekah
senyum takboh terima!’
Ketika isyarat
talipinggang keledar sudah terpadam, kawe perasan lelaki Cina yang duduk
sebaris dengan kawe sudah berpindah tempat. Lelaki Cina seorang lagi yang duduk
di sebelahnya nampak dalam kesulitan.
Tidak mudah nak ngejas badannya yang
besar dan perut macam wanita mengandung 10 bulan. Sulit senghoti nak bangun dan
memberikan jalan. Tambah sulitnya kerana lelaki badan besar dan perutnya yang
hamper menyenyuh kusyen depan itu sudah lelap sejak mula-mula henyak kerusinya!
Baru kawe
perasan, rupa-rupanya banyak tempat kosong. Kerna rasa tidak selesa duduk di
sebelah gadis berkenaan, maka kawe memasang niat mahu pindah tempat juga.
Sebaik kawe
memakai talipinggang keledar di tempat duduk yang lain dan membetulkan duduk
beg galas di kerusi berkembar, muncul pramugari yang menegur gadis takdi.
Terkejut
kawe. Mungkin dia nak tegur kawe sebab tukar tempat duduk tanpa kebenaran! Ini
bukan naik bas dari KT ke Kuala Berang! Bukan boleh lompat-lompat tempat duduk!
Dia merendah bahunya. Dalam posisi senget, sambil
membongkok dia kecek dengan kawe.
Betul
sangkaan kawe.
“Maaf, encik
tak boleh tukar tempat!”
Kawe tak
sempat nak royak yang lelaki Cina takdi tukar tempat okay jer, dia terus kecek
lagi dengan cepat.
Tak sempat kawe nak potong.
“Tempat duduk
encik tu istimewa. Tempat duduk khas! Encik tak boleh pindah!”
Mujurlah
nadanya rendah macam berbisik, dan kecek pun sambil senyum temewek!
Kali ini
kawe sengaja tunggu dia kecek lagi. Takboh respon. Sebab nampak gelagatnya ada benda
lain dia nak kabor.
Betul lagi!
“Encik kena
jaga gadis tu! Encik kena duduk sebelah dia. Tak boleh pindah!”
Kali ini
dahi kawe berkerut. Kawe pun mula nak kecek rhetek!
Dok dang
jugok. Cepat seghoti pramugari ni bertutur.
“Encik kena
teman dia dalam flight ini. Dia gadis istimewa. Dia tak boleh cakap dan dengar.
Dah polisi syarikat. Mesti ada orang lain temankan dia. Kita bimbang kalau ada
kecemasan. Kita takut dia dapat masalah!”
Kali ini
kawe sempat pulak mencelah. Tersasul kecek orang putih sebab nak cepat!
Kabor ke pramugari
tu watper dok royak kepada kawe awal-awal. Kalau dok kawe tak akan pindah. Rasa
kesian pulok. Takut gadis itu berasa hari. Mentang-mentang dia pekak dan bisu
kawe doksir duduk sebelahnya!
Pramugari
itu berikan pengesahan. “Tak payah susah hati encik. Dia tak apa-apa. Nanti
kalau dah nak mendarat, saya akan beritau. Encik kena pindah jugak tu. Duduk
sebelah dia. Itu sudah polisi syarikat. Takut ada kecemasan!”
Ugh, itulah
maksudnya tempat duduk istimewa! Kawe kena pindah ke tempat asal semula. Kerana
diberikan tanggungjawab menjadi peneman dan penjaga gadis yang istimewa!
Sepanjang
penerbangan itu, kawe rasa tak seronok pulak. Teringatkan pesanan pramugari
tentang khuatirnya jika berlaku kecemasan. Ugh, kecemasan apa lagi kalau bukan
kemalangan di udara! Kilat yang mencerahkan ruang angkasa sekali-sekala, dan
gegaran kecil pesawat, menyebabkan kawe tuturkan tahmid dan istighfar tak
terhitung totalnya.
Ugh, tiada
istimewa apa-apa menemani gadis yang istimewa. Pesanan pramugari menimbulkan
khuatir lebih daripada keterujaan mahu ketemu novelis otai dari Muar!
Selamat pulang kepada para tetamu Allah dari Tanah Suci.
Moga
mendapat Haji Mabror.
Kepada yang
menyertai ibadah korban, moga usaha anda diredhaiNya dan dalam baraqah Yang
Maha Esa jua.
Ameen.
Sama-samalah
kita hayati maksud kalimah suci dalam surah al-Kautsar
“Kamu sudah
dianugerahkan nikmat yang banyak. Dirikanlah solat dan lakukanlah korban.
Sesungguhnya orang-orangh yang membenci kamu, mereka adalah orang-orang yang
rugi!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan