Sehari selepas penamaan calon, naik sepanduk di tepi pintu pagar
banglo kenalan saya yang dari dulu setia sokong parti kibar panji-panji bulan
mengambang.
Ada dua. Yang besar (saiz kira-kira 7'X9') tertera foto tok-tok guru dari Kelate dan Ganu.
Ada dua. Yang besar (saiz kira-kira 7'X9') tertera foto tok-tok guru dari Kelate dan Ganu.
Sepanduk
yang lebih kecil, separuh daripada saiz yang terisi gambar Presiden dan MB itu,
mewawarkan calon baru di kawasan DUN Bangi.
Benarlah bisik-bisik yang terdengar
dalam tempoh dua bulan sebelum parlimen bubar. Lagipun telahan itu menjadi agak
mudah kerana di beberapa jalan utama di Bandar Melayu ini, terpasang bunting
program mesra masyarakat. Turut terpampang gambar seorang ahli Majlis Perbandaran
Kajang. Selama menghuni di pinggir Bandar ini, inilah kali pertama saya lihat tergantung
bunting menonjolkan program yang membabitkan seorang anggota MPKj, siap dengan fotonya sekali!
Pagi Ahad, semasa ziarah Ustaz Weil (cendekiawan yang kenal benar
dengan tok wakil yang dah tak bertanding pada PRU13 ini), sempat mencelah sikit bicara
tentang tok wakil itu.
“Orangnya baik sungguh. Nak kata jenis ‘betul bendul’ boleh
jugak! Memang baik orangnya. Kawan dia memang ramai. Ramai orang suka kat
dia. Tapi, dah trend sekarang pakat nak orang muda. Inilah jadinya. ”
Malam lepas Isyak.
Sewaktu menyarung capal, seorang jemaah menyapa dan menghulurkan
salam. Maka terbitlah soalan cepumas musim PRU. “Undi di mana?”
Lalu melaratlah sembang sambil jalan-jalan hingga ke parkir seberang jalan. Sudah
orang melontarkan kail, maka saya jadilah ikan yang kerik umpan sikit-sikit.
Kerana saya tahu jemaah yang dilawsan cakap ini rajin ke surau serta biasa jadi imam ini ialah ahli Majlis
Perbandaran jugak, maka saya selit musykil tentang muka baru di Bandar Baru
Bangi. “Haji, boleh menang lagi kali ni? Kalau kekal yang lama kan bagus.
Gerenti menang!”
Tanpa khilaf dia segera menjawab, “Kalau calon PAS kita tak
bimbang. Jenteranya memang mantap. Dari dulu macam tu. Sistematik. Kerja keras
tak kira calon baru atau lama. Kita tak takut langsung. Kalau PKR kita bimbanglah.
Jentera tak berapa boleh diharap.
Sekejap ada. Sekejap tak ada!”
Sambil hidupkan kereta, dia tuturkan ayat rumusan: “Orang baru
ni pun, kita tak bimbang. Orang kuat parti ni. YDP Serdang. Profesional pulak. Loyar syariah tu!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan