Karya

Karya

Sabtu, 2 Julai 2011

MEMORI HAJI 2010: "Dia, Khalifah dari Madinah!"


(nota: coretan kali ini merupakan sambungan daripada "Nikmatnya Tamar Bersalut Mayonis!")

Selesai solat Maghrib, pemuda Afrika itu tidak bersila lagi tapi terus dalam kedudukan perlakuan antara dua sujud. Dapat lagi segelas air baraqah dan sebutir tamar. Daripada tangkapan beberapa perkataan yang biasa terdengar, bacaan ayat-ayat suci serta gerakan tangan Tok Arab, saya dapat rasa pemuda Afrika itu bertanya tentang cara-cafra solat jenazah. Ketika itu pun seruan solat jenazah sudah dilaungkan. Selesai solat jenazah, kami bertiga bersila lebih rapat, dah juadah Tok Arab itu seolah-olah untuk kami bertiga sebenarnya!
Kerana pemuda Afrika itu boleh berbahasa Inggeris, dia menjadi perterjemah untuk saya ketika Tok Arab itu berkata sesuatu yang terarah kepada saya. Dituangkan isi daripada tarmos ke dalam gelas plastik, disuakan kepada saya. Katanya minuman itu baik untuk kesembuhan selesema. Ketika solat Maghrib saya bersebelahan dengan lelaki Arab itu, maka saya kira mudah dijangka olehnya selsema yang saya hidapi kerana sepanjang solat kerap sekali saya sok-sek menyedut hingus, menghalang meleleh ke bibir!
Sedap sekali menghirup the Arab yang terasa macam minuman herba pula. Aromatik dan menyegarkan. Disuakan juga kepada pemuda Afrika yang kini sudah memperkenalkan dirinya sebagai Ibrahim. Pemuda yang mudah mengukir senyuman itu berasal dari Durban. Mulanya saya meneka Johannesberg. Kemudian Cape Town. Dua-dua tidak tepat. Cuma apabila saya bertanya tentang Melayu Tanjung (The Cape Malays). Ibrahim nampak kehairanan dengan pengetahuan saya itu. Saya jelaskan, tentang buku ditulis seorang pelayar Inggeris mengenai Melayu Tanjung. Ibrahim memberikan komen, “Actually, you look like the Cape’s Malay!”
Dalam hati terdetik balasan segera: Baguslah tu, Jangan kata saya macam orang Afrika sudahlah! Ibrahim memberikan kupasan lanjut: “They are kind hearted people. During arphatied regime, Cape Malays treated us as their equals. They are the only non African origin that willing to accept us (black African) to married their daughter, as long as we are muslim!”
Payah juga saya nak menjawab apabila Ibrahim bertanya: “Are Malaysians (dia merujuk kepada Melayu sebenarnya) soft hearted people also? Are they willing to accept people like me if I wanted to marry their daughter?”
Ambil jalan mudah saya jawab: “As long as you are stable economically, have a good job, and you are Muslim, then you are eligible!”
Ketika bertukar-tukar informasi dengan Ibrahim, saya perasan ada jemaah dari belakang saf kami datang merangkak, kemudian bertimpuh di sebelah Tok Arab itu, minta diberikan teh macam minuman herba juga!
Tidak lama kemudian, lelaki India tua berjanggut putih sejemput bercakap-cakap dengan Tok Arab itu. Daripada gelagatnya, saya agak dia minta tamar cicah mayonis untuk dibawa kepada isterinya yang ditunjukkan arah duduknya di bahagian belakang bahagian wanita yang dihadang dengan pagar mudah-alih warna keemasan. Tok Arab yang baik hati memberikan semua tamar yang masih berbaki dalam bekas plastik, dimasukkan botol mayonis sekali. Lelaki India janggut putih sejemput, dengan penuh hormat menuturkan ucapan penghargaan dalam kegembiraan yang amat.
Ibrahim berpaling kepada saya. Dah jadi tukang tafsir pula dia. Katanya, “This Arab came from Madinah. His name is Khalifa. Usually Madinah’s Arab are very soft at heart!”
Saya setuju sungguh dengan kata-kata Ibrahim itu.
Khalifah dari Madinah ini memang sungguh budiman!
Sekian, permisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan